13 Perkataan Paling Mudah Untuk Komunikasi Di China

Seperti yang anda ketahui, rata-rata saya yakin masih ramai belum tahu bagaimana untuk melancong ke Guangzhao China tanpa pemandu pelancong bukan? Lebih-lebih lagi apabila anda kerapkali disogok dengan cerita-cerita yang kurang menarik di sana. Percaya atau tidak jika saya katakan bahawa cerita yang anda dengar itu jauh “panggang dari api”? Haa, kalini saya akan berkongsi cerita ringkas sepanjang perjalanan di Guangzhao. Saya jarang pergi China, dan ini adalah kali ke-2 saya ke sini untuk lebih mengetahui selok-belok di Guangzhao. Pertama kali ke sini, lebih pada Canton Fair yang mana peniaga seluruh dunia berkumpul di situ untuk urusniaga besar-besaran.

Cara termudah untuk berkomunikasi di China
Cara termudah untuk berkomunikasi di China

Ada 2 perbezaan ketara yang boleh dilihat pada 2 trip saya. Dan kalini mata dan fikiran lebih terbuka luas. Malah pertukaran energi serta komunikasi lebih melebar dengan penduduk di China. Antara perubahan ketara ialah masing-masing terlalu asyik dengan gadget. Hinggakan ada rakan memberitahu bahawa wujudnya satu laluan khas untuk mereka yang ketagih dengan media sosial dan gadget.

Sekarang tengah PROMO kaw2 dari Air Asia. Klik terus Langkawi ke Guangzhao dengan harga RM229! Kos saya ke Guangzhao tahun 2015 rm600 seorang. Apalagi korang???

13 Perkataan Paling Mudah Untuk Komunikasi Di China

Untuk post pertama mengenai China, saya akan kongsikan “step-by-step” apa yang perlu anda lakukan jika anda merancang untuk melancong ke sini. Permulaannya ialah bagaimana untuk berkomunikasi dengan penduduk di China? Pernah tak anda dengar ramai yang kata komunikasi seperti ayam dan itik di sini? Ataupun ada yang mengatakan sekiranya ingin ke China, anda perlukan translator bersama? Ya, memang perbualan seperti ayam itik itu betul tapi berkenaan translator, ianya sudah tidak relevan lagi.

Malah dengan 13 perkataan asas ini, ianya sudah cukup lengkap untuk anda berkomunikasi dengan mudah setiap kali berurusniaga/berbual dengan penduduk di China. Apa 13 perkataan itu? Ianya adalah 13 perkataan yang kerap saya guna masa nak “shopping” barang. Saya belum fasih berbahasa mandarin, jadi saya kongsikan bahasa asas ini untuk makluman tambahan anda.

  1. You = Ada
  2. Duoshao qian = Berapa harga
  3. Ni jiao shenme mingzi = Siapa nama awak
  4. Bu mimpai = Tak faham
  5. Bu zhi dao = Tak tahu
  6. Zhege = Ini
  7. Nage = Itu
  8. Wo yao qu = Saya mahu pergi
  9. Wo yao mai = Saya mahu beli
  10. Keyi ma? = Boleh tak?
  11. Bu xihuan = Tak suka
  12. Bu yao = Taknak
  13. Yige = satu
  14. Liang ge = dua

Contoh nak tanya berapa harga barang ini = yige duoshao qian?

Dan yang lain ialah sistem nombor yang anda kena tahu asas dari no 1-10 dan kata hubung ratus dan puluh. Contohnya yi bai = 1 ratus. Untuk nombor anda tak perlu risau, cukup hulurkan kalkulator saja. Hihi. Saya sendiri terkulat-kulat nak faham kadang-kadang sebab diorang cakap laju.

Owh, untuk makluman google translate tidak berapa sesuai digunapakai di China

Ok, setakat ini saja perkongsian untuk komunikasi asas. Post yang seterusnya saya akan bongkarkan cara untuk translate bahasa cina- english – bahasa cina. Cuma cara yang ini umpama seperti anda bisu kerana hanya berkata2 menggunakan gadget.

Baca Sini Apps Penyelamat Komunikasi No 1 Di China

4 thoughts on “13 Perkataan Paling Mudah Untuk Komunikasi Di China

  1. Pingback: Gadis Jakarta Pandai Mengajuk 20 Loghat Bahasa Inggeris - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *