6 Jenis Tudung yang Kuruskan Muka Wanita Berwajah Bulat

Untuk wanita berhijab, kini tiada masalah lagi untuk berfesyen mengikut kehendak masing-masing. Semakin hari semakin banyak jenama butik baru muncul yang mengeluarkan tudung-tudung yang berkualiti tinggi dan selesa dipakai. Namun ada beberapa tudung yang boleh dimanipulasi untuk mendapatkan efek tiruskan mahupun kuruskan muka bagi wanita yang berwajah bulat terutamanya.

6 Jenis Tudung yang Kuruskan Muka Wanita Berwajah Bulat

Pasti jelitawan seperti anda diluar sana, suka akan evolusi trend hijab terkini bukan? Jadi, kali ini saya nak kongsikan antara 6 jenama tudung terkenal yang telahpun mengeluarkan koleksi  tudung yang berperanan untuk membantu menguruskan wajah anda yang bulat.

Baca Panduan Memulakan Bisnes Tudung

#1 – Bawal Aidijuma

Untuk jenis potongan bawal, memang sentiasa jadi pilihan sepanjang zaman. Kriteria yang ringkas dan mudah dipakai menjadikan bawal sebagai pilihan wajib untuk wanita bertudung

#2 – Instant Shawl Amabell

Untuk koleksi daripada Alhumaira Contemporary pula, gambar no #2 digelar sebagai Amabelle. Potongan inner lekap silang di dahi kadangkala boleh menyembunyikan bentuk pipi yang lebar/bulat.

Baca Ini Juga 6 Sebab Kenapa Anda Perlu Ada Akaun Pinterest. Memang Boleh Buat Ketagih 

#3 – Instant Shawl Dhia

Gambar no #3 menjadi kelainan yang tersendiri apabila hijabster hanya perlu menyarungkan instant shawl koleksi Vivadea terus lengkap bersama awning muncung. Dan rasanya, ini evolusi baru untuk menggantikan trending bawal? Disebabkan oleh awning Instant Shawl Dhia yang unik, tahan lasak, dan awning kekal muncung walau seganas manapun pengguna hijab comel ini.

#4 – Instant Shawl Madison

Bagi peminat tegar Madison Sugarscarf, rasanya tidak asing lagi rekaan ini untuk anda. Rekaan ini serupa seperti rekaan Amabelle dari Alhumaira Contemporary dalam gambar no #2 di atas. Inner lekap silang berbentuk v di dahi sangat berkesan untuk memberikan ilusi kurus bagi anda yang berwajah bulat.

#5 – Square Tudung

Square tudung pula konsep sama sahaja macam bawal . Cuma menjadi keistimewaan sincerelybyusshawls ialah mereka sentiasa up-to-date corak dan warna tudung mereka. Selain itu, harga yang ditawarkan juga berpatutan untuk pencinta hijab di luar sana.

#6 – Xara Tudung

Bagaimana pula dengan koleksi Xara daripada Radiusite? Semestinya jenama terkenal kegilaan ramai ini sentiasa memperbaharui corak-corak rekaan mereka di web. Dan untuk koleksi Xara , awning lembut dan mencecah bawah pipi menjadikan koleksi ini istimewa dalam menguruskan wajah anda.

Baca Apabila Elfira Loy Berhijab. Kami Tergamam

Respons Pembaca

berkata tentang ini

DhiaVivadea

DhiaVivadea

Penulis Rasmi at Magicalips
Kerja utama saya ialah membuli si dia setiap hari. Selain daripada tu, saya suka kongsi apa sahaja cerita & info yang nampak best di mata
DhiaVivadea

4 comments on “6 Jenis Tudung yang Kuruskan Muka Wanita Berwajah BulatAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *