Coretan Paksu : 3 Kunci Utama Menangani Beban Dan Dugaan

Ternyata luahan ini sering terjadi pada diri dan orang disekitar kita. Dugaan yang tidak pernah di rasa menyebabkan beban tertekan menjadi tinggi. Kita mengalirkan air mata, marah, sensitif dengan keadaan sekitar mahupun rasa ingin melarikan diri dari masalah.

“Saya tidak sanggup melihat beban adik saya yang mendapat kanser”
-luahan seorang abang-

“Aku bingung hutang aku banyak sekali, gaji aku negatif membayar hutang”
-luahan seorang bapa-

Saya pernah bertanya pada ayah ini, “Pakcik bagaimana?”Baca Ini Juga 7 Sebab Suami Perlukan Isteri Di Sisi

Saya pernah melihat sepasang suami isteri yang pernah menjaga anaknya di hospital kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga mengalami kecederaan pada otak kiri. Mereka sentiasa bersungguh-sungguh menjaga anak yang di rawat walaupun  anaknya tidak begitu mengingati apa-apa dan kurang sempurna.

“Saya reda dengan apa yang berlaku sekiranya itu yang terbaik buat dia, Mungkin raya akan datang, kami sekeluarga akan rasa kehilangan.” Saya kagum melihat seorang ayah yang begitu tabah walaupun saya nampak bebanan yang dia rasa.

Akhirnya anak mereka  meninggal dunia selepas sebulan mereka menjaga di hospital.
Sewaktu menguruskan jenazah, kedua-dua pasangan suami isteri sentiasa kuat dan tabah. Jauh sekali pengsan dan lemah semangat sehingga anak mereka dikebumikan. Saya begitu kagum mereka begitu tabah sehingga saya sendiri tidak dapat menahan air mata dari mengalir.
Beberapa perkara saya belajar dari peristiwa ini.
1. Pertama, sentiasa tabah walau apapun berlaku. Jangan sesekali menyalahkan takdir yang berlaku dalam hidup kita.
2. Kedua,  sentiasa berusaha sehabis mungkin dan tidak menyerah kalah walau sebesar gunung pun dugaan tersebut. Carilah jalan sehingga dapat diselesaikan. Belajarlah mengenal erti tidak berputus asa.
3. Ketiga, keredhaan adalah kunci utama dalam kita mencari ketenangan. Mungkin ini hadiah tuhan kepada kita supaya mengingatiNya. Kita harus percaya mungkin tuhan akan beri perkara yang lebih baik hasil kesabaran kita.

Baca Coretan Paksu: Mengimpikan Kawan, Anak dan Pasangan Hidup Yang Hebat



Respons Pembaca

berkata tentang ini

3 comments on “Coretan Paksu : 3 Kunci Utama Menangani Beban Dan DugaanAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *