Lapar Waktu Bekerja? 6 Jenis Snack Ini Wajib Ada Di Pejabat Anda

Pagi-pagi dah kelamkabut mahu ke tempat kerja, kalau bangun lambat lah. Kalau bangun cepat masih lagi dalam mood ‘zombi’. Slow dan steady. Yelah, bangun awal, tiada perkara yang hendak dirisaukan. Tapi paling ketara situasi jadi lebih haru-biru apabila nak mengejar masa. Betul tak? Ada yang masih tak sempat nak mandi, terlupa bawak dokumen, stokin sebelah berlainan, paling penting bahagian breakfast. Selalu sangat akan skip dan kalau sempat anda akan start makan terus ke makan tengahari.

Lapar Waktu Bekerja? 6 Jenis Snack  Ini Wajib Ada Di Pejabat Anda

Kami ada 6 tips jenis snacks yang berkhasiat dan membantu anda di kala kelaparan tahap gaban. Makanan ini akan membantu anda untuk lebih bertenaga dan anda takkan lagi menangguh sarapan pagi yang lewat.
Banyak lagi penyebab lain anda akan skip ambil makanan. Dan apabila lapar, anda tahan sampailah waktu untuk rehat. Untung kalau di pejabat ada stok untuk anda mengunyah sorang. Kalau tak? Hehe. Tapi stok yang menjadi pilihan kebanyakannya jenis snacks yang tidak berkhasiat, mi maggi, dan lain-lain. Sebab itu paling sedap, mengenyangkan, menggemukkan.

Oh, terlupa. makanan ni tak perlu ada kuali, dapur gas, senduk, periuk di kawasan pejabat tu. Kalau nak buat kerja gila, korang angkut segala yang kat rumah tu ke pejabat.haha!

#1 Popcorn – Masak siap-siap stok dari rumah. Kalau pakai microwave satu office bau popcorn pop pop kat situ nanti

 

#2 Oatmeal segera. Mudah disediakan hanya dengan air panas dan anda boleh campur bersama kekacang, buahan mahupun menambah gula ikut suka anda.

Baca Resepi Minuman Manggo Lassi Yang Segar Di Tekak

#3 Daging salai. Pehh, yang ni memang terbaik! Psst: minta bini masakkan siap-siap, buat stok untuk di pejabat nanti & yang pasti tahan lama

 Anda hanya perlukan air panas, mini fridge dan  microwave untuk menghasilkan sarapan pagi yang sihat

#4 Kekacang campur. Tinggi khasiat dan kebiasaannya kekacang yang disalut sedikit garam sangat sedap
#5 Buahan kering. Sedap kunyah buah berbanding kunyah junk food bukan? Heheh.
#6 Yogurt. Mengandungi pelbagai protein dan nutrisi. Paling best cepat kenyang dengan yogurt 

Baca Juga Makanan Paling Laris Dijual Di Rumah Sahaja

Respons Pembaca

berkata tentang ini

2 comments on “Lapar Waktu Bekerja? 6 Jenis Snack Ini Wajib Ada Di Pejabat AndaAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *