Hanya Yang Berani Sahaja Akan Teruja Untuk Pandu Lalu Di Selekoh Jalan Lombard

Kami tergamam saat terpandang gambar selekoh di Jalan Lombard, San Francisco. Wow! Itu ungkapan pertama terkeluar dari mulut ( siap ternganga itu wajib, hahaha!). Apa yang menarik perhatian kami ialah selekoh jalan berliku itu kelihatan ngeri jika ingin merentasnya, namun dari sudut pandangan atas, ia kelihatan unik dan kreatif.
Selekoh tajam
Source pinterest

Jadi kami membuat sedikit kajian mengenai Lombard Street di San Francisco. Lombard Street terkenal dengan 8 selekoh tajam yang pertama di dunia. Reka bentuk ini dicadangkan oleh Carl Henry pada tahun 1822 dengan tujuan untuk mengurangkan kecuraman bukit.
Bunga cantik memang menarik perhatian

Baca Juga Pucuk Betik Terbukti Sebagai Penawar Demam Denggi. Anda Perlu Ambil Tahu

Untung ada rumah kat sini, hihi
Pemandangan Lombard Street pada waktu siang

Pada asalnya jalan tersebut adalah jalan sehala dan disebabkan terlalu curam, Jalan Lombard sangat merbahaya untuk kenderaan serta pejalan kaki juga. Oleh itu, blok bengkok yang diturap dengan batu bata merah, dipasang sepanjang 600 kaki dan disyorkan kelajuan kenderaan hanya 8 km/j sahaja.

Kalau Jammed disarankan jangan lalu sini. Menangis nanti.Haha
Bunga yang mekar ditanam disekeliling jalan menambahkan keunikan Jalan Lombard, San Francisco. Anda pasti ingin jadikan ianya sebagai salah 1 destinasi wajib pergi selepas ini.

Respons Pembaca

berkata tentang ini

DhiaVivadea

DhiaVivadea

Penulis Rasmi at Magicalips
Kerja utama saya ialah membuli si dia setiap hari. Selain daripada tu, saya suka kongsi apa sahaja cerita & info yang nampak best di mata
DhiaVivadea

2 comments on “Hanya Yang Berani Sahaja Akan Teruja Untuk Pandu Lalu Di Selekoh Jalan LombardAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *