Coretan Paksu : Menyesuaikan dan Mengadaptasi Rakan Di Rumah Sewa, Asrama, & Kolej Kediaman

Saya banyak mendengar cerita tentang rakan sebilik di rumah sewa, asrama atau kolej kediaman. Bagi baru merasa hidup dengan teman sebilik yang baru, selamat menyesuaikan diri. Ramai klien berjumpa saya berbincang tentang masalah yang dihadapi. Kesimpulan, selepas saya kaji berikut merupakan beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam menjadikan anda rakan serumah dan sebilik disayangi.

Pixabay.com

Masuk ke dalam bilik baru, mulakan dengan 3S (Senyum, Salam dan Sapa). Dari situ terjalin hubungan mesra. Ini tak, datang2 ke bilik dah masam muka dan bertutur sepatah jer. Tapi kadang-kadang, tak boleh disalahkan juga roomate macam ni. Mungkin ada personaliti mereka yang pendiam dan tak pernah bersosialisasi dengan orang.

Ada pulak yang jenis kasar orangnya, cakap pun tune yang tinggi. Roomate jiwa lembut. Memang kontra jadi nyer.. memang rasa tertekan sikit. Oleh itu, cara selesai mudah jer.. bersopan santun dan mesra dahulu. Lepas serasi macam adik beradik, bolehlah ketawa terbahak-bahak.

Baca Juga Coretan Paksu: Si Dia Berubah

2. Kebersihan
Ini juga punca roomate tak puas hati, ada roomate memang pengotor sangat. Memang tak teratur terutamanya lelaki. Contohnya, baju boleh pakai 10 kali dan jeans boleh cuci setahun sekali. Kadang-kadang cadar katil pun berbau.. So, roomate pun naik rimas..

Kadang-kadang kalau anda jumpa roomate seperti ini, memang asal usul kebanyakan pelajar jenis ini di manja di rumah. Mesin basuh baju dan jemur baju oleh emak yang lakukan.

Walau apapun, sekiranya ada rakan sebilik macam ini, bantulah dia sedikit. Jangan marahkan mereka. Buatkan mereka rasa malu dengan menolong mereka kemaskan meja dan bilik. Pengaruhi dia supaya bersifat bersih.
3. Personaliti
Setiap manusia ada keunikan masing-masing. Keunikan menjadikan manusia begitu istimewa. Saya dan anda tidak sama walaupun kembar, memang ada perbezaan. Jadi, personaliti kawan-kawan anda pun berbeza.
Mungkin anda melihat rakan sebilik, memang kontra dan berbeza dengan sifat-sifat diri anda. Kadang-kadang rasa tak sesuai dengan diri anda. Saya tak nafikan kerana sifat kawan menyebabkan anda tertekan. Saya ada dengar roomate yang sensitif, kurang sopan, kuat merajuk, selalu moody, pendendam, cemburu, pemarah dan ada pula jenis psiko.
Jadi, macam mana kita mengendali perkara ini?

Cuba menegur kawan secara asertif ( win win situation), walaupun perit tapi perlu cuba supaya boleh sampaikan perasaan anda.

Sekiranya tak dapat, cuba guna orang ketiga yang dia hormati.
Kalau tak dapat pun, kita doakan dia berubah. Mungkin itu sifat dia perlu kita terima.
Kesimpulannya, jadilah rakan sebilik yang terbaik sehingga bila kita berpisah dia akan kenang kebaikan kita selama ini. Jangan jadi seorang teman bilik yang dikenang sikap yang kurang menyenangkan.
Sumber artikel asal : mejapakusu



Respons Pembaca

berkata tentang ini

0 comments on “Coretan Paksu : Menyesuaikan dan Mengadaptasi Rakan Di Rumah Sewa, Asrama, & Kolej KediamanAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *