9 Sebab Makan Beralas Daun Pisang Sangat Bergaya

Memang daun pisang sudah sinonim dengan masyarakat Melayu di Malaysia. Daripada nasi lemak, nasi ambeng, hingga kuih muih, semuanya menggunakan daun pisang. Namun demikian, masih ada lagi yang kurang tahu tentang kebaikan daun pisang menggantikan pinggan di rumah. Lepas baca 8 sebab-sebab di bawah, anda perlu tukar pakai daun pisang je lepasni ok? Hehe
 
kenapa kena makan alas daun pisang

1. Nasi lemak rasa lebih sedap kerana bau daun pisang yang legend

Daun pisang akan mengeluarkan bau yang harum apabila diletakkan makanan panas di atasnya. Dan ini menambahkan rasa yang sedap dalam hidangan anda.

Tapi, kalau anda letak makanan atas pinggan kaca ataupun plastik, untung kalau tiada bau. Kadang tu pinggan boleh bau hanyir juga bukan? Bau sabun pun iya juga. Haha.

2. Lepas makan, bilas saja dengan air

Sifat kalis air pada daun pisang memudahkan proses pembersihan tanpa perlu guna sabun.

3.Pakai buang yang mesra alam, jimat penggunaan pinggan

Tak perlu susah-susah basuh pinggan lepas makan, boleh terus buang kalau tidak diperlukan lagi. Malahan, jika dibuang ianya mesra alam kerana akan mereput sendiri. Berbeza jika kita buang plastik, yang mana akan mencemarkan alam kerana sukar dilupuskan.
Sumber gambar sini

4. Daun pisang sebagai alas kuih 

Kebanyakan kuih muih di Malaysia akan guna daun pisang. Kat negara selain Asia manada guna daun pisang. Inilah namanya 1st class di Asia, pakai daun pisang je. Hehe.

5. Lepas makan jilat jari 

Dijamin lepas makan, jilat jari sebab sedap sangat. Bau harum daun pisang meresap dalam makanan yang dimakan anda. Ada nampak orang jilat jari lepas makan atas pinggan? Ada, tapi kalau masakan tu sedaplah. Kalau tak? Hehehe.
sumber gambar di sini

6. Berkongsi makan merapatkan hubungan

Contohnya seperti nasi ambeng. Tradisi masyarakat Jawa seperti di Johor dan negeri2 lain, kebanyakannya akan menghidangkan nasi ambeng ketika kenduri-kendara. Cara ini memang sangat bergaya. Rugi kalau anda tak pernah cuba.

Paling best bila makan beramai-ramai dalam dulang. Dia punya feeling tu lain macam tau.

7. Ruang yang lebar untuk meletakkan banyak makanan 

Daun pisang boleh susun dan melebarkan ruang, secara tak langsung boleh isi banyak lauk di situ. Kalau pinggan, boleh ke susun-susun macamtu? Hihi.

8. Bebas bahan kimia seperti sabun 

Cara bersihkan daun pisang pun mudah. Bilas dengan air tanpa perlu sabun. Bahan kimia dalam sabun boleh mendatangkan mudarat tanpa sedar.

Sumber gambar di sini

9. Lebih sihat berbanding menggunakan barangan plastik

Tanpa sedar makanan anda yang dibungkus plastik ataupun polisterin sebenarnya akan ada 1 bau pelik bila makanan terlalu lama dalam barangan plastik/kertas tersebut. Tak lama sangat la, dalam 15 minit pun dah boleh rasa.

Contohnya, beli air McD dibungkus dalam cawan kertas, bau air tu dan rasa dia akan jadi semacam bau plastik dan kertas. (air takda kaitan, saja bagi contoh nak menampakkan perbezaan yang akan dialami).

Kalau makanan pula, akan terhasil wap-wap dalam bekas polisterin dan makanan yang dibungkus , aroma dan rasa akan menjadi kurang sedap. Seperti barangan plastik itu mencair masuk ke dalam aroma makanan anda. Perbezaan yang ketara boleh kita lihat sekiranya kita menukar cara dengan membungkus makanan menggunakan daun pisang.

NEXT STORY Filem Chappie Buat Anda Beli Tiket Wayang Sekarang

Respons Pembaca

berkata tentang ini

No Responses

Leave a Reply