Coretan Pak Su : Bunuh Diri

bd

Sering kali setiap tahun kita mendengar kisah-kisah bunuh diri berlaku. Sebenarnya perkara ini berlaku akibat depresi sangat kronik dalam seseorang. Punca mungkin akibat masalah hasil persekitaran, tidak dapat menghadapi tekanan dan kurang berfikir secara rasional. Tetapi paling mengejutkan bila seseorang disekitar kita yang sentiasa gembira tetapi esoknya mengambil nyawa sendiri. Perbuatan tanpa tanda dan senyap adalah paling bahaya. Individu begini mempunyai pendaman yang begitu kuat.

Namun begitu, ada perkara kita perlu ambil tahu tanda-tanda orang sekitar kita yang berisiko tinggi akibat depresi ini

1. Kesan-kesan luka yang dibuat dengan sengaja. Jika anda orang yang anda kenal melukakan diri seperti terdapat hirisan pada tangan, kaki atau tanda-tanda mencurigakan. Cuba tanya kenapa dan kenal pasti punca. Terdapat individu yang menghadapi stress akan mencederakan diri sehingga berdarah untuk hilangkan tekanan.

2. Perubahan dan Perlakuan yang pelik. Perubahan seseorang yang berlainan dari sebulan yang lepas, seperti menjadi senyap begitu drastik dan suka menyendiri. Terdapat juga mungkin berat badan yang turun mendadak dengan ciri di atas menguatkan unsure depresi seseorang tersebut. Mungkin ada juga, yang telah bersedia awal, memberi barangan dia begitu banyak kepada orang lain tanpa sebarang sebab.

3. Penggunaan ayat dan perkataan yang pelik. Terdapat di antara individu berisiko akan mengatakan ayat “Saya tak nak hidup lagi”, “Rasa nak bunuh dirilah”, “Kan best kalau dapat terjun bangunan” atau ayat-ayat yang cenderung kepada perkara itu. Jika ada orang-orang disekitar anda menggunakan ayat ini walaupun bergurau, tolong tanya mereka secara terperinci kerana ayat-ayat berbentuk ini ada ayat berisiko dan serius.

Baca juga : Si Dia Berubah

Sekiranya ada antara anda, menjumpai pengakuan seseorang untuk membunuh diri maka langkah awal ialah jangan biarkan orang tersebut bersendirian dan terus dibawa untuk khidmat kaunseling atau psikoterapi.

Jesteru itu, marilah kita mengamalkan pemikiran yang positif sentiasa dan jangan mengambil jalan mudah untuk menamatkan kehidupan. Fikirlah orang-orang yang kita sayangi yang sentiasa berada disekitar kita.

Respons Pembaca

berkata tentang ini

Paksu

Paksu

Penulis merupakan salah seorang penghidap Severe Obstructive Sleep Apnea.Beliau menulis dikala tidur tidak nyenyak.Berusaha mengembirakan diri dan orang lain serta buat lawak serius yang tidak menjadi.
Paksu

0 comments on “Coretan Pak Su : Bunuh DiriAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *