Coretan Paksu : Mencari Kegembiraan Dan Keyakinan Diri

HAPPINESS

Semua orang suka menjadi hebat dan gembira seperti mereka idamkan. Terlebih dahulu anda harus faham untuk mencapai kegembiraan , anda perlukan keyakinan diri. Anda perlu ingat bahawa anda akan melalui pelbagai peristiwa menyedihkan dan halangan berliku dalam kehidupan yang menyebabkan anda terikat untuk membina diri anda lebih baik. Anda terus putus asa untuk berubah dan kurang bersemangat untuk merubah diri. Akhirnya, anda ikut haluan dunia ini tanpa sebarang matlamat untuk berubah.

Oleh itu, saya memberi beberapa perkara untuk difikirkan untuk anda cuba gembira dan yakin diri.

1. Terimalah fakta-fakta kelemahan dan kekurangan diri pada diri anda. Anda perlu faham, jika ada terikat dan takut pada kelemahan anda, anda tidak akan ke mana-mana kerana ego dan takut di anggap lemah. Terimalah hakikat.

2. Membuat perbandingan dengan orang lain dan berkata negatif pada diri hanya menjadikan diri anda menjadi teruk. Sudah-sudahlah berpura pura dengan perasaan anda.

3. Berani dan percayalah untuk berubah, hidup hanya sekali, jangan peduli cakap orang lain, biarkan pendapat mereka yang negatif. Apa yang penting ada berubah ke arah kebaikan.

4. Carilah kumpulan sokongan yang memberi aura positif dan membuatkan anda lebih gembira. Pergilah kursus-kursus membangunkan diri, berbelanjalah sikit demi perubahan.

Hidup ini hanya sekali, adakah anda akan mempersia-siakan kehidupan anda?



Respons Pembaca

berkata tentang ini

0 comments on “Coretan Paksu : Mencari Kegembiraan Dan Keyakinan DiriAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *