Malaysian Airline Cabin Crew, best in the world

Malaysia Airlines System: Layanan Dahulu Dan Sekarang

Saya menggunakan pesawat MAS dari ketika berada di alam kanak-kanak hingga sekarang. Sewaktu saya kanak-kanak, pramugari MAS sering layan saya seperti insan istimewa terutama memberi makanan lebih umpamanya. Pramugari dan pramugara dahulu sangat mesra dengan orang lain, bercerita dengan golongan tua dan sentiasa ramah. Sampai pramugari MAS menjadi pendengar yang baik mendengar cerita warga emas yang melancong. Layanan itu bagi saya amat sangat terbaik.

Malaysian Airline Cabin Crew, best in the world

Sekarang saya juga kerap menggunakan MAS hingga sekarang. Cuma cara layanan tidak seperti dahulu. Saya faham dengan situasi MH370 dan MH17 mungkin memberi tekanan pada sumber manusia. Sewaktu perjalanan saya dari Sarawak ke Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengambil masa 1 jam 50 minit, saya melihat banyak tenaga-tenaga muda baru diserap masuk dalam pesawat.

Mereka nampak bertenaga, namun kurang nampak nilai-nilai seperti dahulu. Saya beranggapan mungkin mereka orang baru. Mereka senyum namun tapi bukan dari hati. Ukuran saya? Saya tengok macam stress je kerja. MAS pernah memegang rekod krew kabin terbaik dunia, saya rasa mereka perlu juga meletakkan krew terbaik berpengalaman di perjalanan domestik juga bersama orang muda yang baru bagi mencorak sebagai pramugari dan pramugara.

MAS saya juga perlu melihat kebersihan secara teliti pada pesawat. Didepan saya ada poket tempat duduk yang rosak dan saya nampak debu yang gelap disuatu tempat tersembunyi. Mungkin pandangan saya, pesawat ini tak sempat cuci sebab aktif sangat pesawat ini. Harap dapat dibaiki.

Akhir kalam, saya tidak ingin mengkritik MAS, cuma selaku anak Malaysia yang sentiasa bersama MAS dari kanak-kanak, saya rindukan layanan MAS yang dahulu. Walaupun masa berubah, saya harap Mas mengambil tenaga muda berpesonaliti menarik dan mesra. Apapun, perjalanan 1 jam 50 minit dari Sarawak ke Kuala Lumpur saya dihadiahkan 10 paket kacang oleh pramugara bertugas walaupun sebelum itu tersalah menu makanan seperti pilihan di minta saya. Rasa bersalah sikit kot. Org muda tidaklah begitu teruk, cuma harap layanan MAS seperti dahulu.

Respons Pembaca

berkata tentang ini

Paksu

Paksu

Penulis merupakan salah seorang penghidap Severe Obstructive Sleep Apnea.Beliau menulis dikala tidur tidak nyenyak.Berusaha mengembirakan diri dan orang lain serta buat lawak serius yang tidak menjadi.
Paksu

0 comments on “Malaysia Airlines System: Layanan Dahulu Dan SekarangAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *