Cari Pemandangan Gunung Kinabalu di Kundasang

Bagi yang pernah ke Kundasang Sabah, mereka pasti tahu kenapa perlu cari pemandangan Gunung Kinabalu di Kundasang sekiranya mereka berkunjung ke sini. Sememangnya tidak lengkap percutian ke Sabah kalau tak berkunjung ke Kundasang dan bermalam di sini. Anda boleh rujuk artikel saya yang bertajuk Panduan Bercuti di Sabah dalam blog saya untuk panduan ringkas merancang perjalanan percutian anda di Sabah dan masa yang sesuai untuk datang ke Kundasang.

Baru-baru ini saya dan isteri pergi ke Kundasang kononnya untuk menghirup udara segar dan sejuk dek kerana cuaca yang panas di Kota Kinabalu sekarang ini. Biasanya kami akan menginap di Kiram Village Resort yang bagi kami memang menyeronokkan dan murah. Tapi pada hari itu kami kurang bernasib baik kerana Resort itu penuh dan kami terpaksa mencari resort lain untuk penginapan malam itu. Tujuan utama kami adalah untuk Cari Pemandangan Gunung Kinabalu di Kundasang, barulah kami akan menginap disitu.

percutian menarik di sabah, pemandangan kundasang
Pemandangan dari arah tempat kami menginap
Gunung Kinabalu di waktu malam, kundasang tempat menarik
Pemandangan persekitaran Gunung Kinabalu di waktu malam dari Walai Tokou Kundasang

Pencarian berakhir apabila kami berpuas hati dengan satu tempat yang dinamakan Walai Tokou (Walai Tokow). Bertempat betul-betul depan pasar sayur dan buah di Kundasang. Murah dan menepati ciri yang kami nak iaitu nampak pemandangan Gunung Kinabalu. Walai Tokou ni ada banyak unit sebenarnya, untuk unit yang betul-betul tepi jalan dan mengadap Gunung, boleh hubungi nombor ini 0198412415 untuk booking.

Walai Tokou Kundasang, Percutian di Sabah
Pemandangan pada jam 6 pagi

kundasang-walai-tokou-03

kundasang-walai-tokou-005

kundasang-walai-tokou-006

Baca juga : Selekoh Jalan Lombard, Cantik tapi Berisiko

kundasang-walai-tokou-007

Respons Pembaca

berkata tentang ini

Aryl Myzn

Aryl Myzn

Blogger at Adzril.com
Kau salah, kau betul, kau betul, tetap juga kau betul. Ianya kejadian.
Aryl Myzn

2 comments on “Cari Pemandangan Gunung Kinabalu di KundasangAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *