Green Lake Austria Mungkin Tempat Yang Anda Ingin Lawati

Green Lake atau Tasik Hijau bertempat di Austria di sebuah kampung bernama Tragöß. Tasik ini dikelilingi oleh Gunung dan Hutan Hochschwab. Tasik ini dinamakan Green Lake adalah kerana airnya yang berwarna hijau emerald dan jernih. Air tasik yang jernih dan bersih ini datang dari salji yang mencair dari Gunung Karst dan bersuhu yang sangat sejuk iaitu hanya 6 ke 7 darjah celcius.

Semasa musim sejuk (Winter), kedalaman tasik ini hanya 1 ke 2 meter sahaja tetapi apabila tiba musim bunga (Spring) kedalaman Tasik Hijau ini mencecah 12 meter. Ini kerana suhu mula naik dan salji mula cair menjadikan lembangan dipenuhi air. Tasik ini mencecah kedalam maksimum 12 meter pada pertengahan Mei sehingga Jun di mana pada waktu ini keadaan Tasik Hijau ini adalah sangat cantik. Walaubagaimanapun air tasik akan mula surut pada bulan Julai.

Tasik ini agak popular di kalangan penyelam di mana mereka boleh menikmati pemandangan rumput hijau yang cantik selain jambatan dan bangku yang berada di dalam Tasik Hijau ini. Selain itu, anda juga boleh nampak pokok di dalam tasik ini. Menarik bukan?

green lake 02

green lake 03

green lake

green lake3

green_lake_4

greenlake4

greenlake5

greenlake6

greenlake7

greenlake8

greenlake9

Baca juga : 15 Idea Hias Bilik Tidur Anak Guna Katil Double Decker

Respons Pembaca

berkata tentang ini

1 comment on “Green Lake Austria Mungkin Tempat Yang Anda Ingin LawatiAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *