Mat Saleh Jual Tempe Di London, Petah Berbahasa Indonesia

Kebiasaannya tempe digemari bukan sahaja di Indonesia, malah di Malaysia juga. Dan untuk keturunan jawa macam kami ni, tempe akan dimasak dengan pelbagai cara. Salah satu yang menjadi trend sekarang “sambal totok”. Eh? Anda tahu tentang sambal totok? Campuran tempe, bilis , cili dan bawang ditumbuk hingga lumat dan di makan dengan nasi putih panas-panas memang pehh. Tanpa lauk mewah pun tak kisah. Kan?

Selain tu masa hari raya pulak, tempe akan dimasak lodeh. Ini antara menu wajib keluarga johor saya. Bagaimana dengan anda? Pasti ada menu istimewa tersendiri bukan?

Mat Saleh Jual Tempe Di London, Petah Berbahasa Indonesia

Jadi apa yang menariknya di dalam artikel kalini, William Mitchell, pemilik  Warung Tempeh di London membuka gerai di jalanan dengan menjual 2 jenis hidangan tempe.  Mereka gelarkan kari tempeh kuning dan tempeh jintan. ( Rasanya menu tu macam kuah lodeh je? Hehe )

Menurut William, dia pertama kali mengenali makanan tempe pada 20 tahun lalu ketika bekerja sebagai guru bahasa Inggeris di Jakarta.

Dan bermula saat itu, hari-hari makan tempe di warung ok? Hihi

Jadi, disebabkan terpikat dengan tempe, William mula belajar cara untuk menghasilkan resepi tempe yang sedap dan berkualiti di serata Indonesia. Dan sekarang, wujud la “Warung Tempeh” beliau kat tengah kota London. Paling mencuit hati ialah nama gerai di beri dengan gelaran “Warung Tempeh” disebabkan mereka mula mengenali makanan tradisi Indonesia itu di warung-warung tepi jalan di Indonesia. ( Omputih pun suka tempe. Kita yang lidah Jawa ni lagi lah gilakan tempe kan? Hehe )

Berlokasikan di Leather Lane Market (EC1N 7TJ), London Warung Tempeh dibuka setiap hari rabu hinga jumaat sekitar jam 12 hingga 2 petang. Eh pergi London boleh singgah makan nanti. Jom tengok apa kata William dalam video di bawah tentang perjalanan Warung Tempe beliau (fasih berbahasa nusantara pulak tu)

8 Gambar Sekitar Pembuatan Tempe

warung tempeh 01
warung tempeh 01

Baca Juga 10 Makanan Terhangat Laris Dijual Di Whatsapp

warung tempeh 02
warung tempeh 02
warung tempeh 03
warung tempeh 03
warung tempeh 04
warung tempeh 04
warung tempeh 05
warung tempeh 05
warung tempeh 06
warung tempeh 06
warung tempeh 07
warung tempeh 07
warung tempeh 08
warung tempeh 08

Anda Mungkin Ingin Bercuti Di Mini Kapsul Retreat Di Langkawi

Sumber Warung Tempeh William & BBC Indonesia

Respons Pembaca

berkata tentang ini

DhiaVivadea

DhiaVivadea

Penulis Rasmi at Magicalips
Kerja utama saya ialah membuli si dia setiap hari. Selain daripada tu, saya suka kongsi apa sahaja cerita & info yang nampak best di mata
DhiaVivadea

4 comments on “Mat Saleh Jual Tempe Di London, Petah Berbahasa IndonesiaAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *