Cara Masak Kuah Mashed Potato Ini Lebih Lazat Berbanding KFC

Saya salah seorang peminat kentang putar sejak zaman kolej lagi. Dan kebiasaannya kentang putar kfc jadi pilihan. Yelah, sebab kat mana lagi ada jual kentang putar kan? Hihi. Tapi, selepas sahaja menikmati kentang putar Lucy’s Kitchen di Imago Mall, Kota Kinabalu, saya terus terlupa perihal kentang KFC. Malah “mengidam” terlajak lebih kentang putar di Lucy. Rasa yang kaya dengan kentang asli.

Kalau di KFC tanpa kuah, kentang tu rasa hambar. Tapi di Lucy, tanpa kuah, kentang putar tetap sedap tahap gaban. Bayangkan masuk dalam mulut terasa ada ketulan lembut kentang mencair di mulut & rasa yang cukup lemak dan kaya dengan perasa serta herba. Dan akhirnya, korek punya korek saya jumpa rahsia untuk hasilkan kentang putar selazat di Lucy’s Kitchen. Ternyata resepi ini menjadi, mengenyangkan dan jimat! Jom tengok resepi kentang putar paling sedap di dunia :

Cara Masak Kuah Mashed Potato Ini Lebih Lazat Berbanding KFC

Resepi kentang putar

2 sudu butter

sedikit perasa kiub knorr

250 ml Susu segar

5 biji Kentang

Mixed herbs

Rebus kentang hingga air resap dalam kentang ( 20 minit )
Rebus kentang hingga air resap dalam kentang ( 20 minit )
Hancurkan kentang. Campurkan perasa, butter dan lenyek2 gaul. Masukkan susu sikit demi sedikit & kuantiti bergantung pada kepekatan kentang yang anda mahu
Hancurkan kentang. Campurkan perasa, butter dan lenyek2 gaul. Masukkan susu sikit demi sedikit & kuantiti bergantung pada kepekatan kentang yang anda mahu
Akhir sekali gaulkan mixed herbs bersama kentang anda. Siap!
Akhir sekali gaulkan mixed herbs bersama kentang anda. Siap!
Cara Masak Kuah Mashed Potato Ini Lebih Lazat Berbanding KFC
Cara Masak Kuah Mashed Potato Ini Lebih Lazat Berbanding KFC

Resepi Kuah Gravy mashed potato

1/2 biji bawang besar

2 biji bawang putih

2 sudu tepung gandum

2 sudu butter

Sos tiram

Sos blackpepper @ serbuk lada hitam

1 cawan air

Masukkan butter dan tumis bawang hingga keperangan. Masukkan tepung dan gaul sebentar
Masukkan butter dan tumis bawang hingga keperangan. Masukkan tepung dan gaul sebentar
Campurkan sos tiram dan sos black pepper ( sekiranya tiada sos black pepper, boleh ganti dengan serbuk lada hitam & lada sulah ) . Jangan lupa perasa kiub knorr @ garam secukup rasa. Gaul dan campurkan air. Kuantiti air ikut kepekatan kuah. Jika terlalu pekat tambah air. Kuah anda akan berketul-ketul. Jangan risau sebab anda perlu blend sos itu ke dalam mesin pengisar sehingga halus. Siap!

Baca Juga Nak Makan Lauk Apa Dengan Nasi Putih?

Respons Pembaca

berkata tentang ini

4 comments on “Cara Masak Kuah Mashed Potato Ini Lebih Lazat Berbanding KFCAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *