Coretan Paksu : Memberi

memberi
Saya melalui KL Sentral untuk mengembara dan berkerja. Saya banyak duduk di atas lantai dihujung penjuru dinding memerhati dan berehat dan melalui beberapa kisah. Pengalaman pertama saya disana, terdapat seorang individu berumur lebih kurang 40 an meminta duit RM 2.00 dengan menyatakan hendak pergi mencari tempat mencari kerja sebagai tukang masak. Jadi saya beri RM 5.00. Pengalaman kedua, saya mendengar seorang pemuzik jalanan menyanyikan lagu kesukaan saya. Jadi, saya beri sumbangan tanpa sebarang ragu.

Pengalaman ketiga, seorang lelaki tua mengajak saya bercerita tentang haji dan kemudiannya memberi brosur pembinaan sebuah maahad tahfiz. Jadi saya memberi sumbangan saya tanpa ragu. Bila saya cerita balik pengalaman pada kawan-kawan saya , mereka kata “awak tidak menyesal kalau di tipu”. Kalau saya ditipu pun saya sudah mengembirakan hati orang lain.

Pernahkah anda mengalami pengalaman anda tiada wang sedikit di dalam simpanan ada. Mesti anda rasa sedih dan binggung. Saya pernah melaluinya ketika di universiti, saya hanya RM 2.00 dalam tangan selama 2 minggu. Bila saya fikir balik, apa yang saya dapat hari ini, sebenarnya ada hak pada orang lain. Saya sangat ingat saat itu sampai sekarang dan tidak ingin berlaku orang di sekitar saya

Sebenarnya, kenapa kita takut memberi, sedangkan ketika anda memberi, anda dapat rasakan kegembiraan di wajah seseorang tersebut. Mungkin hasil dari sedikit yang kita beri menjadi satu loncatan kejayaan bagi seseorang. Mungkin juga bila kita memberi, orang tersebut mendoakan kita dalam diam. Siapalah kita di muka bumi ini? Apakah makna harta dan kemewahan tanpa memberi? Tidakkah anda mengingati saat anda tiada apa-apa?. Oleh itu, berilah sumbangan dari bentuk apapun asal ikhlas dari hati.



Respons Pembaca

berkata tentang ini

0 comments on “Coretan Paksu : MemberiAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *