Oh Rupanya Senang Je Nak Tanam Taugeh

t1

Siapa penggemar taugeh? Taugeh ni boleh dimasak dengan pelbagai cara dan paling senang nak masak. Agak-agak malas nak masak yang berat-berat, goreng je taugeh tu, campak perasa dan cili warna-warni dan lain-lain. Dah siap!.  Mudah kan?

Psstt, tapi saya bukan salah sorang penggemar taugeh. Hihi. Saya dah cuba telan taugeh tu, tapi tak boleh ngam lah! Tak tau nape. Huhu

Oh Rupanya Senang Je Nak Tanam Taugeh

Ok sambung balik cerita kat atas tadi. Ada satu masalah kat taugeh ni.

Masalah apa pulak?

Ni masalahnya, Kadang-kadang kita beli taugeh kat pasar kurang memuaskan hati kan? Ada yang dah lecur lah, kecik lah,lembik lah, tak gemuk lah dan macam-macam lagi. So apa nak buat?

Kita tanam sendiri lah! Apa susah? Malas ea?

Jangan malas-malas. Kat bawah ni ada cara paling senang nak tanam taugeh. Saya dapat tips ni pun daripada pengguna facebook yang shantek Nurhafizah Sharif ni.

Bahan-bahan :

  • Kacang hijau
  • **Tisu dapur / kain towel / kapas putih
  • Kain net
  • Towel sapu tangan
  • Bekas kukus tupperware / tapis pon boleh (sebab berlubang)

Cara-caranya :

  1. Rendam kacang hijau 8 jam
  2. Layerkan tisu dapur** pada bekas kukus
  3. 2nd layer letak kain net.. Tujuan senang nak gunting akar nanti
  4. Taburkan biji benih
  5. Tutup dengan towel sapu tangan (sebagai pemberat)
  6. Letak penutup
  7. Siram 2x sehari dan letak kat tempat gelap

Kata Nurhafizah Sharif :

Saya mula semai Ahad. Rabu dah boleh ambil hasil.

t3

Ni hasil taugeh tanaman Nurhafizah Sharif

p/s : 1st layer boleh gantikan tisu kepada kain towel or nak lebih organik beli kapas organik.

Baca juga Cara Buat Nuget Homemade Yang Sedap Dan Mudah

Respons Pembaca

berkata tentang ini

No Responses

Leave a Reply