Aktiviti Sebenar Isteri Yang Membuat Suami Terharu

Kita sudah didoktrinkan bahawa lelaki adalah  orang yang paling kuat jika dibandingkan dengan wanita. Syarikat Kao Jepun telah menerbitkan satu filem pendek bertajuk Thank You Always Project yang dimulakan dengan soalan “Siapa yang membawa beban yang lebih berat, lelaki atau wanita?”

Sudah tentu kebanyakan dari kita akan mengatakan lelaki yang membawa beban lebih berat berbanding wanita. Ini dibuktikan apabila di luar sana kita sering melihat suami yang mendukung anak, suami jugalah yang mengangkat barangan dapur dan kelengkapan rumah ketika berada di pasaraya. Itu yang kita nampak di luar. Bagaimana pula dengan aktiviti Isteri/Surirumah ini ketika suami bekerja pada hari-hari biasa?

Satu kajian dijalankan terhadap 100 orang lelaki dan wanita di sekitar Tokyo mendapati bahawa rata-rata wanita di sana membawa beban seberat 7.2kg, 2 kali ganda lebih berat dari bebanan yang dibawa oleh lelaki di sekitar Tokyo. Manakala 18% wanita yang ditemubual membawa bebanan lebih dari 15kg.

Ini jelas membuktikan bahawa wanita membawa bebanan berat yang lebih dari lelaki. Filem pendek terbitan Kao ini merakam aktiviti harian seorang ibu muda yang tinggal di Tokyo bersama suami dan anak lelakinya. Suaminya menyaksikan rakaman tersebut secara rahsia di dalam sebuah van dan dia betul-betul terharu apabila dia mendapati dan menyedari aktiviti dan kerja yang dilakukan oleh isterinya semasa dia ditempat kerja selama ini.


Thank You Always oleh lotta-gruen

Adakah kebanyakan suami menyedari aktiviti harian isteri menguruskan rumah seharian? Suami ini kelihatan sangat terkejut dengan isterinya yang menguruskan rumah dengan kudrat yang penuh dari awal pagi sehingga lewat malam. Hargailah pasangan anda dan fahamilah mereka dengan menunjukkan sokongan dan ucapan Terima Kasih. Bila kali terakhir anda mengucapkan terima kasih kepada pasangan anda? Sumber asal Hefty.co

11 Perkara Yang lelaki buat akan jadikan wanita tergila-gila

Respons Pembaca

berkata tentang ini

2 comments on “Aktiviti Sebenar Isteri Yang Membuat Suami TerharuAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *