Resepi Mudah Homemade Black Pearl Cool Blog

Resepi-Mudah-Homemade-Black-Pearl-Cool-Blog

Gambar : google

Black pearl + air coklat blend memang umphh!

Black pearl ni kegilaan ramai kan? Terutamanya golongan muda dan budak kecil. Yelah, gila tak suka? Rasa pearl ni kenyal-kenyal dan lembut. Kadang-kadang sampai tertelan macam tu je sebab licin. nasib baik tak ‘tercekik’. Huhu

Resepi Mudah Homemade Black Pearl Cool Blog

Ok jom kita buat pearl yang kenyal ni! Senang je lah nak buatnya.

Bahannya :

1 cawan tepung ubi

1/2 cawan air ( untuk uli doh )

Pewarna hitam ( pewarna biru+merah+hijau )

Secubit garam halus ( kalau tak ada, guna yang kasar pun boleh )

10 cawan air

3 helai daun pandan dikoyak

Caranya :

  • Masukkan 10 cawan air + gula + daun pandan dalam periuk. Biar mendidih api sederhana.
  • Tepung ubi + garam. Gaul rata. Masukkan air sikit sikit sambil uli sampai doh tak melekat kat tangan. Masukkan pewarna dan uli lagi.
  • Bentukkan doh tadi bulat kecik ya! Kalau nak petak pun boleh. Suke hati korang nak bentukkan macam mana bentuk pun.
  • Masukkan hasil doh yang bulat kecik tu ke dalam air yang mendidih tadi.
  • Bila dah habis masukkan doh tadi. Kecikkan api. masak dalam 30 – 40 minit.
  • Black pearl dah siap! Tapis dan basuh bawah air paip/filter.
  • Letak dalam bekas/balang yang di isi air gula. Letak dalam peti ais. Rasa nak makan boleh ambil terus. Siap!

Tips : Nak tau pearl tu da masak ke belum, korang makan 1 then kalau tak ada rasa tepung kat tengah kira da masak le tu!

Baca juga Homemade Murtabak Paling Simple Guna Biskut

Respons Pembaca

berkata tentang ini

2 comments on “Resepi Mudah Homemade Black Pearl Cool BlogAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *