Datin Kecik Tercalon di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016

Ramai tahu Lara Alana mempunyai tarikan yang luar biasa di Media Sosial. Selain di facebook, populariti Si Datin Kecik Lara Alana ini sangat hebat di akaun rasmi Instagramnya dengan memiliki 1.6 juta pengikut. Dengan populariti sebegini maka tak hairanlah jika selebriti kecil anak kepada Scha Alyahya dan Awal Ashaari ini tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.

Akaun rasmi instagram Lara Alana anak Scha dan Awal
Lara Alana mempunyai pengikut seramai 1.6 Juta di Instagram

Lara Alana tercalon dalam kategori Personaliti Media Sosial Popular sebaris bersama selebriti lain seperti Amran Fans, Atita Haris, Faiz Dickie (Sarabanon), Kevin Zahri, Mat Lutfi, Queen Of Luna, Ucop, Vivy Yusoff dan Wak Doyok. Sepertinya saingan agak sengit bagi Datin Kecik yang sebenarnya masih belum pandai guna media sosial.

Datin Kecik Tercalon di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016

Menurut Awal Ashaari, dia rasa bersalah kerana Lara Alana tercalon. Menurutnya Rara bukanlah selebriti tetapi anak kepada selebriti. Sebenarnya pencalonan Lara Alana dalam kategori Personaliti Media Sosial Media Popular dipilih oleh penganjur ABPBH sendiri kerana populariti yang dimiliki oleh Lara Alana di Media Sosial walaupun semua tahu akaun itu diurus oleh Scha dan Awal sendiri.

Walaubagaimanapun pihak Magicalips mengucapkan tahniah dan semoga Lara Alana terpilih menjadi pemenang bagi kategori Personaliti Media Sosial Popular di Anugerah Bintang Popular 2016 nanti. Bagi yang nak mengundi Lara, anda boleh berbuat demikian di Laman web ABPBH2016.

Eh, macam mana nak pergi swimming pool ni?

A video posted by Penglipur Lara (@laraalanaa) on

School #raraootd

A photo posted by Penglipur Lara (@laraalanaa) on

Respons Pembaca

berkata tentang ini

3 comments on “Datin Kecik Tercalon di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *