Along Cham Pentingkan Makan Masakan Isteri Berbanding Makan di Luar

Baru-baru ini saya berjumpa dengan Along Cham di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos bersempena Majlis Perlancaran Perfume Rasmi JDT. Ini adalah kali pertama saya berjumpa dengan Along Cham dan ternyata Along seorang yang peramah dan cepat mesra. Along membuatkan saya berasa macam sudah lama mengenalinya.

Perfuma JDT

along jurucakap legacy perfume

Soft-Launch Southern Tigers Perfume by Legacy

Along Cham yang dilantik sebagai jurucakap rasmi Produk Perfume Southern Tigers by Legacy ini turut sama dalam mempromosikan Perfume Rasmi JDT di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin Johor pada 6 Mei 2016. SOUTHERN TIGERS PERFUME didatangkan dengan 2 wangian iaitu Dangerously Sweet untuk wanita dan Born To Rule untuk lelaki. Saya cukup terpesona dengan haruman Dangerously Sweet. Kedua-duanya didatangkan dengan isipadu 50ml dan dijual dengan unit yang terhad iaitu hanya 50,000 botol sahaja.

Baca Juga Artikel Sejarah Generasi Pokemon Yang Tak Ramai Tahu

Along bersama Alif AF sibuk mempromosikan perfume rasmi JDT ini di perkarangan Stadium di Gate C sambil beramah mesra dengan peminat yang datang. Along juga mempromosikan Perfume rasmi JDT yang dijual dengan harga RM89 setiap satu ini pada upacara soft-launch sebelum sepak mula antara JDT dan Pulau Pinang bermula pada malam itu.

soft-launch perfume southern tigers

2 jenis perfume

thumb_DSC_0364_1024

born to rule dan dangerously sweet
Born To Rule untuk Lelaki (biru) dan Dangerously Sweet untuk wanita (merah)

Saya sempat berborak dengan Along berkenaan dengan aktiviti terbarunya iaitu penggambaran Rock Sangkut The Movie yang akan bermula selepas Aidilfitri 2016. Menurut Along semua idea babak dalam filem Rock Sangkut ini adalah hasil perbincangan di kedai kopi yang pada saya sangat menghiburkan dan kelakar.

Baca Juga Kisah Jutawan Peroleh $54 Juta Dalam Satu Malam Habiskan Masa Mengembara Bersama Family

Along Cham Pentingkan Makan Masakan Isteri Berbanding Makan di Luar

Sewaktu sesi santai di Restoran Big Daddys & Family yang terletak di Bandar Baru Uda, Along memberitahu yang dia biasanya tidak makan di luar ketika bersama kawan-kawan. Katanya lagi dia akan makan di rumah bersama isterinya, Zila yang biasanya sudah menyiapkan hidangan makan malam untuk makan bersama. Pandai Along jaga hati isteri.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan wangian Rasmi JDT ini boleh terus Whatsapp ke 0127848200

Respons Pembaca

berkata tentang ini