Adakah Ini Cara Wanita Memikat Lelaki Tanpa Sedar?

4 Cara Mudah Pikat Lelaki Yang Awesome

Kenapa minah ni asyik bagi aku makanan eah? Lepastu dia punya muka dah macam opera cina aku tengok. Dari jauh aku dah bau minyak wangi dia. Bila dengan aku asyik senyum jer tapi bila dengan laki lain muka garang macam singa! Kenapa eah? – kata seorang lelaki dalam hatinya

Wahai lelaki, takkan tu pun tak faham lagi? Jika ada wanita yang buat sedemikian maknanya dia suka kamu la tu. Itu pun nak kena jelaskan ke?

Adakah Ini Cara Wanita Memikat Lelaki Tanpa Sedar?

Kenapa wanita mempunyai sifat kuat cemburu, suka tengok lelaki yang kacak dan sentiasa ingin menang? Sebab ianya adalah fitrah pada seorang yang bergelar wanita. Ramai wanita yang mempunyai sifat kemahuan tinggi pada sesuatu barang atau orang. Kalau wanita tersebut inginkan lelaki yang digemari, dia pasti akan berusaha untuk mendapatkannya.

1. Prihatin dengan semua perkara dari A to Z

Pertama sekali yang pasti akan dilakukan oleh wanita untuk pikat si lelaki ialah busy body. Maksud di sini ialah wanita akan mencari tahu hal peribadi si lelaki. Si lelaki itu tinggal di mana, dengan siapa dia berkawan, suka makan & minum apa, kerja di mana, suka warna apa, siapa bekas teman wanitanya, apa nama-nama keluarga si lelaki dan banyak lagi.

2. Berusaha untuk menonjolkan diri

Selain itu ialah, sering menonjolkan diri. Wanita akan pakai secantik mungkin dan make up seharian hanya untuk menarik perhatian si lelaki. Bagi yang bekerja di pejabat, si wanita akan melibatkan diri pada semua aktiviti TAPI semestinya kena ada lelaki yang ingin dipikatnya itu. Dari situ, wanita tersebut akan menonjolkan dirinya dengan cara banyak bertanya, banyak memberikan cadangan dan sekaligus ‘jeling-jeling’ pada si lelaki tersebut.

Baca juga Idea Hebat Lelaki Ini Elak Orang Suka Berhutang

3. Sikap dan habit bertukar serta merta

Seterusnya, dari wanita yang ‘ganas’ akan menjadi lemah lembut. Sifat ini mudah sangat diketahui pada gadis yang sememangnya brutal tapi akan menjadi sangat sopan bila ada si lelaki yang disukainya. Lembut dari segi apa? Dari segi percakapan, si wanita akan perlahan kan suaranya dan mengeluarkan nada semanja yang boleh. Dari segi sikap pula, si wanita akan membuat sesuatu kerja dengan sopan santun contohnya meletakkan barang dengan perlahan bila di depan si lelaki.

4. Sanggup buat apa saja

Akhir sekali, sanggup buat apa sahaja untuk si lelaki. Wanita akan sanggup berhabis duit semata-mata untuk pikat si lelaki. Berhabis duit macam mana? Maksudnya, wanita akan beli bahan-bahan mentah untuk dimasak kemudian akan diberikan pada si lelaki & beli hadiah yang mahal-mahal untuknya.

Banyak lagi cara seorang wanita memikat lelaki yang mungkin anda tak perasan. Dan tidak salah memikat lelaki selagi mana masih menjaga batas dan perilaku. Cuma, elakkan bersikap hipokrit supaya tidak menjadi penyesalan di kemudian hari nanti. Hehe

Baca juga Resepi Biskut Cip Coklat Ini Nutella Saiz Adik Giant

 

Respons Pembaca

berkata tentang ini

Ika Typing

Ika Typing

Seorang blogger, suka makan & editing. Siapa nak resepi best, saya akan update dalam blog magicalips. Nyumnyum!
Ika Typing

2 comments on “4 Cara Mudah Pikat Lelaki Yang AwesomeAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *