Garett gee menjual semua barang untuk pergi melancong keseluruh dunia.

Travelog The Bucket List Family Selepas Jual Aplikasi $54M Kepada Snapchat

Apakah yang akan anda lakukan apabila mendapat durian runtuh berjuta ringgit? Beli barang berjenama, kereta mewah, rumah besar dan sebagainya.

Tidak, itu bukan cara Garret Gee, beliau ada cara yang lebih baik.

Sebaik sahaja beliau berjaya menjual aplikasi pengimbas kepada Snapchat dengan nilai $ 54 juta. Beliau membuat perkara yang mungkin ramai orang seperti kita tidak pernah terfikir.

Garrett telah mengambil keputusan untuk mengembara ke seluruh dunia bersama isterinya, Jessica beserta dua  orang anaknya Dorothy dan Manilla. Beliau telah bertindak menjual hampir kesemua barang-barang miliknya.

Kejayaan Garrett menjual Scan, aplikasi pengimbas QR mobile kepada Snapchat telah mengubah nasib pemuda ini. Pada ketika itu ia bernilai $54 juta, dengan $30 juta dalam tunai dan baki selebihnya masih dalam dalam ekuiti Snapchat.

Akaun bank yang hampir kosong dilimpahi jutaan dollar dalam masa yang singkat.

“Our company went from almost zero in our bank account to $1.7 million,” he tells PEOPLE. “It changed our lives overnight.”

Pengembaraan The Bucket List Family Bermula.

pengembaraan-the-bucket-list-family
Sumber: The Bucket List Family Garrett Gee dan Jessica “Settie” Gee serta dua orang anaknya, Dorothy dan Manilla.

Kenapa Garrett bertindak sebegitu?

Dalam satu temuramah beliau menyatakan berkenaan perlumbaan dalam dunia perniagaan, sentiasa mahu lebih dan lebih lagi.

Jadi Garrett mahu keluar daripada trek perlumbaan itu, dia mahukan sesuatu yang lebih bermakna . Dia mahu lakukan sesuatu yang lebih bererti untuk hidupnya, perkahwinannya dan keluarganya.

Peroleh 54 Juta, The Bucket List Family Jual Aset Dan Travel Satu Dunia
sumber : Instagram/thebucketlistfamily

Jadi itulah makna kebebasan sebenar bagi Garrett. Kekayaan dan ada duit banyak tidak memberi apa makna kepada hidup. Apa yang penting adalah bagaimana cara kita menikmatinya.

Walaupun ada pelabur yang bersedia untuk membiayai usaha sama perniagaan baru bersama Garrett, namum beliau menolak tawaran tersebut.

“Start selling some of your stuff and go for a mini-vacation,” Gee told CNBC on the phone while in Portland, Oregon. “And if you like that, sell more and go on another vacation.”

Garrett mahu habiskan masa dan menikmati hidupnya bersama ahli keluarganya. Masa berkualiti bersama keluarga tidak mampu dibeli oleh wang ringgit. Mungkin itulah apa yang cuba dibuktikan oleh Garett.

Pengembaraan the bucket list family
sumber : Instagram/thebucketlistfamily

Misi The Bucket List Family

Dalam blog mereka, Garreth menyatakan mereka ada matlamat utama disebalik “bucket list” dan pengembaraan mereka.

  • Mereka mahu jadi lebih rapat demi perkahwinan dan keluarga.
  • Menjadi kawan baik kepada semua orang disekeliling kita.
  • Hidupkan sebuah kehidupan dan belas kasihan.
  • Belajar untuk jadi orang yang berfikiran terbuka dan hati yang terbuka.
  • Sayang dan hormati alam semulajadi dan planet ini.
  • Mencipta memori dalam perjalanan hidup yang panjang.

Lalu mereka gelarkan keluarga mereka sebagai The Bucket List Family. Mereka jual semua barang seperti kereta, perabot dan sebagainya kecuali dua kotak foto dan journal. Dan mereka berjaya mengumpul $45,000 untuk dimasukkan dalam tabung percutian mereka.

Pengembaraan The Bucket List Family kini sudah meneroka beberapa tempat percutian menarik seperti Nevis, St. Kitts, Turks & Caicos, Bahamas, Hawaii, Australia, New Zealand, Australia, Thailand dan Indonesia.

Selain daripada menghabiskan masa ditempat-tempat menarik diseluruh dunia. Keluarga ini juga melakukan kerja-kerja amal iaitu dengan menaja pembedahan LASIK kepada mereka yang memerlukan. Namum kerja amal mereka ini tidak dihebahkan meluas kepada orang ramai.

Garrett juga ada membuat satu blog khas untuk berkongsi cerita tentang kehidupan dan kisah pengembaraan The Bucket List Family. Anda boleh ikuti kisah keluarga ini di Instagram/the bucketlistfamily dan Youtube.

Baca Juga Hampir Ditipu 100K, Lelaki Ini Dedah Taktik Licik Scammer Profesional

Respons Pembaca

berkata tentang ini

3 comments on “Travelog The Bucket List Family Selepas Jual Aplikasi $54M Kepada SnapchatAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *