Tak Sangka Rupanya Wujud Sekolah Percuma Untuk Anak Gelandangan di Malaysia

Bila sebut tentang gelandangan atau “homeless people“, saya yakin ramai yang akan tertanya bagaimana dengan anak-anak mereka? Bersekolah atau tidak? Bagaimana dengan masa depan mereka nanti?

Dan saya jamin masih belum ramai tahu bahawa wujudnya sekolah khas untuk anak-anak khas seperti ini. Terkejut. Itu reaksi pertama saya sewaktu melangkah masuk ke dalam sekolah. Terkejut kerana tidak menyangka bahawa ada sekolah khas ditubuhkan oleh kerajaan untuk homeless child.

Tak-Sangka-Rupanya-Wujud-Sekolah-Percuma-Untuk-Anak-Gelandangan-di-Malaysia-3
Kredit Gambar NeyraShazeyra

Tak Sangka Rupanya Wujud Sekolah Percuma Untuk Anak Gelandangan di Malaysia

Buat masa ni, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih yang terletak di Lorong Haji Hussein 2, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, K.L merupakan satu-satunya sekolah yang ada di Malaysia. Dan sistem pembelajaran mereka tidak sama seperti sekolah awam. Tiada gelaran darjah 1 or tingkatan 1. Yang ada hanya 2 sistem iaitu peringkat rendah dan menengah.

Tak-Sangka-Rupanya-Wujud-Sekolah-Percuma-Untuk-Anak-Gelandangan-di-Malaysia
damia, 5 tahun. Adik yang ceria dan melekat ke mana saja dengan para bloggers. Hehe

Hal ini disebabkan pelajar yang masuk ke sekolah kadang ada yang dari umur 12 tahun, tak pernah bersekolah. Jadi, mana mungkin kita meletak pelajar tersebut mengikut grade darjah. Semua belajar sama rata dan mereka akan belajar mengikut satu modul khas yang telah ditetapkan. Segalanya percuma untuk mereka. Dari makanan, pengangkutan, pembelajaran malahan mereka tak perlu memakai uniform sekolah ketika belajar.

Tak-Sangka-Rupanya-Wujud-Sekolah-Percuma-Untuk-Anak-Gelandangan-di-Malaysia-2

Sepanjang majlis CSR anjuran Asianic bersama Reen Rahim ini berlangsung, ada satu sudut berbeza yang saya lihat pada anak-anak “khas” ini. Mereka sangat patuh pada arahan dan sentiasa saling membantu serta memberi semangat pada rakan yang lain.

Dalam hati berkata, tiada beza antara mereka dengan yang lain. Mereka juga mempunyai hak yang samarata seperti kanak-kanak di luar sana. Hak sebagai seorang manusia.

Tahniah kepada Pengetua sekolah dan para guru kerana berjaya membentuk peribadi terbaik dalam diri anak-anak khas seperti ini. Cuma ada 1 sahaja, mungkin perlu diberi motivasi agar tidak merasa rendah diri dengan status mereka. Dalam senyuman saya tahu terselit daya survival dalam kehidupan mereka.

Baca Juga Rumah Kecil D.I.Y Untuk Homeless People

Respons Pembaca

berkata tentang ini

4 comments on “Tak Sangka Rupanya Wujud Sekolah Percuma Untuk Anak Gelandangan di MalaysiaAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *