John Hanke Disebalik Permainan Pokemon Go

Siapa John Hanke Disebalik Permainan Pokemon Go

Pokémon Go permainan mudah alih yang dihasilkan oleh Niantic kini menjadi fenomena diseluruh dunia semenjak ia dilancarkan.

Permainan realiti ini memerlukan pemainnya meneroka dunia sebenar untuk mencari Pokémon, mengutip item di Pokéstops dan menakluk Gyms.

Tahukah anda siapa disebalik permainan popular ini?

Pengasas Pokémon Go sebenarnya adalah John Hanke yang juga merangkap CEO dan pengasas Niantic. Hanke merupakan penerima Bachelor of Arts (B.A.) dengan Plan II Kepujian daripada University of Taxes di Austin.

Pada tahun 1996 pula beliau menerima Master of Business Administration (M.B.A) dari Hass School of Business di University of California, Berkeley.

John Hanke Disebalik Permainan Pokémon Go

Beliau merupakan seorang pakar perisisan yang berpengalaman dan pernah berkerja dalam Google.

Kisah Pengasas Pokemon Go Bermula

Kemahiran Hanke telah menarik minat Google untuk menggunakan khidmat beliau dalam usaha untuk memulakan Google Earth dan Google Map. Semuanya bermula dengan syarikat Keyhole yang juga John Hanke menjadi salah seorang pengasasnya.

Keyhole adalah syarikat yang mengumpul data geo-spatial, dan melalui beberapa fungsi utamanya telah menjayakan projek Google Map. Pada ketika itu Google telah membeli Keyhole dengan nilai $35 juta. Namum Hanke masih belum puas, beliau mahu buat sesuatu yang lebih lagi dengan kemahiran yang ada. Maka terbinalah Niantic.

Baca Juga 4 Sebab Kenapa Perlu Main Permainan Pokemon Go Di Malaysia

Niantic Labs bermula dari dalam Google, pada tahun 2010. John Hanke mahu fokus mencipta satu game generasi baru. Lalu beliau melancarkan permainan yang digelar Ingress pada tahun 2012. Dua tahun kemudiannya Ingress berjaya mengumpul 7 juta pemain dari seluruh dunia.

Kiranya Ingress adalah abang kepada Pokémon Go. Walaupun ia tidak menjadi fenomena , namun asas kepada permainan Pokémon bermula daripada sini. Semuanya bermula apabila Syarikat Pokémon meminati Ingress. CEO Syarikat Pokemon iaitu Tsunekazu Ishihara juga merupakan pemain Ingress dan menjadi pemain high-level di Jepun.

Manakala team Niantic pula peminat kepada siri Pokémon. Jadi datanglah idea untuk mengabungkan dua unsur ini.

Tidak lengkap rasanya jika pengeluar permainan, Nintendo tidak menyertai kumpulan ini kerana mereka pernah mengeluarkan permainan Pokemon pada era 90-an.

Pada Ogos 2015, Niantic berpisah daripada Google. Dan ia bukanlah jalan buntu buat Hanke, malah ia memberi lebih peluang kepada Niantic untuk bekerjasama dengan pihak lain.

Dan pada Julai 2016, Pokémon Go berjaya menjadi fenomena yang merebak keseluruh dunia. Syarikat Hanke kini bernilai lebih $ 3 billion.

Kisah pengasas terciptanya Pokemon Go
Sumber: fundersandfounders.com

3 Asas Terciptanya Pokémon Go.

Menurut pengasas Pokémon Go. Pemainan ini ada 3 matlamat utama melalui permainan ini iaitu :

1. Senaman – Walalupun sudah ada banyak aplikasi fitness dihasilkan namum kebanyakkannya akan membuatkan anda merasa seperti ‘atlit Olimpik yang gagal’. Pokémon Go direka untuk membuatkan pemainnya banyak bergerak dengan memberikan elemen keseronokkan apabila berjaya menangkpa Pokemon.

2. Untuk Melihat dunia dari sudut yang baru – memuatkan pemainnya sedikit berusaha untuk meneroka dikawasan sekeliling dengan menjadikan mercu tanda dan tempat bersejarah sebagai tempat Pokéstops dan Gyms.

3. Breaking Ice – diseluruh dunia, pemain Pokémon Go keluar dan menusuri kawasan sekitar mereka untuk mencari Pokémon. Pada ‘level’ yang lebih tinggi pemain perlu bekerjasama dengan rakan untuk membentuk pasukan bagi menakluk Gyms. Jadi pemainan ini akan membuatkan pemainnya akan bermian game dan menghabiskan masa bersama-sama.

Baca Juga Rupanya Ada Lebih Dari 700 Jenis Pokemon Yang Telah Dicipta Beliau

Jom Tengok Video Ringkasan Mengenai John Hanke Ini:

Respons Pembaca

berkata tentang ini

0 comments on “Siapa John Hanke Disebalik Permainan Pokemon GoAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *