Siapa Steve Job Sebelum Bergelar Jutawan

Siapa tak kenal Steve Jobs? Seorang jutawan yang dikagumi dunia. Namun tidak ramai yang tahu kisah beliau sebelum kejayaan yang ditempanya.

Steve Jobs adalah seorang ahli perniagaan Amerika dan ikon budaya. Beliau terkenal dengan dua perkara iaitu sebagai pengasas bersama Apple dan juga sebagai pengasas Pixar Animation Studios. Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 pada tahun 2011 dan beliau mempunyai nilai  aset bersih sebanyak USD10.2 bilion.

Kisah Awal Perniagaan Dengan Apple

Beliau diberi kepada keluarga angkat semasa masih bayi lagi disebabkan beliau adalah anak di luar pernikahan. Kerana tidak mempunyai sumber pendapatan, Steve Jobs tidak tamat persekolahannya. Beliau tidak memiliki bilik asrama dan hanya tidur di atas lantai bilik rakannya. Sukarnya hidup beliau pada waktu itu hinggakan beliau perlu berjalan sejauh 7 batu pada setiap hari Ahad untuk mendapatkan makanan percuma di sebuah kuil.

siapa-steve-job-sebelum-bergelar-jutawan
credit pic to hdwallpaper2013.com

Pada usia 20 tahun, Steve Jobs dan Steve Wozniak memulakan sebuah syarikat di garaj pada 1 April  1976 selepas Steve melihat computer yang direka sendiri oleh Wozniak. Beliau menamakan syarikatnya sebagai Apple sebagai kenangan beliau bekerja sebagai pekebun di Oregon.

Pada tahun yang sama, kedua-dua mereka Berjaya menjual 50 komputer Apple di sebuah kedai di California. Untuk menampung perbelanjaan ini, Steve menjual kereta Volkswagen beliau, sementara Wozniak menjual kalkulator Hewlett Packard miliknya.

Komputer Apple mereka menjadi hit pada tahun 1970an dan awal 1980an. Jualan syarikat Apple menghadapi saingan pada tahun 1982 dengan kemunculan IBM.

Kemudiannya Steve Jobs memperkenalkan produk baru iaitu Macintosh dengan memotivasikan para pekerja beliau untuk menghasilkannya. Apabila diperkenalkan pada tahun 1984, Mac menjadi kejayaan besar pada tahun 1986.

Dalam tempoh 10 tahun, Apple yang berasal dari sebuah garaj, berkembang menjadi sebuah syarikat besar dengan nilai USD2 bilion dan lebih 4000 orang pekerja.

Apabila berlakunya krisis dalaman syarikat Apple, Steve Jobs telah dilucutkan jawatannya pada tahun 1985 menyebabkan beliau bertindak meninggalkan syarikat itu. Walaupun bagi sesetengah orang ia mungkin menjadi pengakhiran kepada karier, tidak bagi Steve.

Membina Pixar Animation Studios

Selepas pemecatan, Steve Jobs membuka sebuah syarikat baru iaitu NeXT Computer pada tahun 1990. Bersama-sama beliau adalah ramai lagi bekas pekerja beliau dari Apple. Syarikat NeXT pada mulanya mengeluarkan computer, tetapi tidak Berjaya. Namun langkah syarikat beralih kepada pembangunan perisian nampaknya menghasilkan kejayaan. Steve Berjaya membuat keuntungan sebanyak USD1 juta pada tahun 1994.

Pada masa yang sama, Steve membeli bahagian grafik computer LucasFilm pada harga USD10juta. Syarikat itu dinamakan sebagai Pixar yang terkenal mengeluarkan filem animasi kanak-kanak seperti  Toy Story, Monsters, Inc., Finding Nemo, The Incredibles dan WALL-E.

Pada tahun 2006, The Walt Disney Company (NYSE: DIS) membeli Pixar pada harga USD7.4 bilion dalam bentuk saham. Ini menjadikan Steve merupakan pemegang saham tunggal terbesar The Walt Disney Company.

Pixar Animation Studios adalah bukti kejayaan Steve Jobs tanpa mengenal kegagalan
Pixar Animation Studios adalah bukti kejayaan Steve Jobs tanpa mengenal kegagalan

Begitulah kisah kejayaan seorang Steve Jobs, bermula daripada syarikat di garaj, membina syarikat besar seperti Apple dan terus berjaya dengan Pixar walaupun pernah dilucutkan jawatan dalam Apple yang beliau bina sendiri.

 

Respons Pembaca

berkata tentang ini

1 comment on “Siapa Steve Job Sebelum Bergelar JutawanAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *