Wajib Cuba Panjat Bukit Sinisian Jika Ke Kundasang

Wajib Cuba Panjat Bukit Sinisian Jika Ke Kundasang

Antara lokasi kegemaran pelancong di Sabah, salah satunya adalah ke Kundasang. Tapi, biasanya setiap kali ke Kundasang, aktiviti sekadar pergi ke pekan Kundasang beli buah & sayur murah. Kemudian nikmati permandangan gunung dan rasa cuaca sejuk menggigil dari homestay masing-masing. Tahu tak, sebenarnya anda boleh buat bermacam aktiviti di Kundasang?

Wajib Cuba Panjat Bukit Sinisian Jika Ke Kundasang

bukit sinisian kundasang walai tokou homestay
Gerak seawal 6 pagi untuk daki bukit sinisian kundasang

Untuk mereka yang gemarkan aktiviti separa lasak, boleh cuba daki bukit Sinisian di Kundasang. Lokasi tidak berjauhan dari penginapan Walai Tokou Homestay. Ada dalam 3 hingga 4 bukit kecil yang perlu anda gagahi menapak satu persatu. Walaupun hanya bukit kecil, tapi trek laluan agak curam dan perlu berhati-hati jika ingin mendaki.

Wajib Cuba Panjat Bukit Sinisian Jika Ke Kundasang
perlu daki beberapa puncak bukit untuk sampai

Kebiasaannya, untuk mereka yang sudahpun mahir laluan di bukit ini, rutin harian aktiviti “jungle trekking” akan dibuat menerusi bukit Sinisian. Masa paling tepat untuk mendaki bukit adalah sebelum terbitnya fajar pagi. Anda perlu mendaki dalam lebih kurang jam 6 pagi. Untuk nikmati pemandangan matahari dari atas bukit Sinisian, Kundasang, pastikan sampai ke puncak  sebelum 8 pagi.

Nikmati rasa panas matahari dalam cuaca sejuk Pekan Kundasang tu sendiri. Nikmat weh.

bukit sinisian kundasang walai tokou homestay
perjalanan mendaki bukit sinisian kundasang

Owh. Jangan lupa bawa sekali air kosong ya sebab kami termengah juga lah masa mendaki kat bukit ni. Perjalanan naik dan turun dari bukit ambil masa satu jam sahaja. Jadi, sebenarnya takda lah tinggi sangat. Tapi, untuk orang yang jarang naik bukit macam kami, semangat kena kuat habiskan pendakian. Dan anda takkan boleh patah balik. Sebab jalan agak curam menegak. Hehe. Nak taknak terpaksa habiskan trek pendakian di Bukit Sinisian Kundasang sehingga habis.

Untuk yang tidak tahu lokasi & mementingkan keselamatan sewaktu pendakian, Dhia sarankan agar anda menghubungi pihak Walai Tokou Homestay. Sebab mereka menyediakan servis untuk membawa anda mendaki bukit dengan selamat.

bukit sinisian kundasang walai tokou homestay
pemandangan dari atas bukit sinisian kundasang

Perjalanan kami di sini sepenuhnya dikawal selia oleh pihak Walai Tokou Kundasang. Dah alang-alang menginap satu malam di sini, kami ambil keputusan untuk cuba mendaki bukit Sinisian dengan bantuan pihak Walai Tokou sendiri. Antara sebahagian pemandangan yang anda akan nikmati dari atas bukit Sinisian, Kundasang:

bukit sinisian kundasang walai tokou homestay
Gunung kinabalu
bukit sinisian kundasang walai tokou homestay
Nampak seluruh kundasang dari bukit sinisian
bukit sinisian kundasang walai tokou homestay
Belum sampai puncak sangat, ada lagi nak kena daki sebalik bukit tu. Hehe

Pakej yang disediakan Walai Tokou Homestay beserta penginapan:

Pakej 1 Hari RM110/pax – minima 10 pax

  • Aktiviti sambutan tradisi beserta minuman
  • Melawat kawasan kampung
  • Melawat lereng bukit yang ada tanaman & sayuran
  • Hidangan minuman & makanan tempatan
  • Tarian malam kebudayaan & mainan peralatan musik tradisional

Pakej 2 Hari 1 Malam RM290/pax – minima 10 pax

  • Aktiviti sambutan tradisi beserta minuman
  • Melawat kawasan kampung
  • Melawat lereng bukit yang ada tanaman & sayuran
  • Hidangan minuman & makanan tempatan
  • Tarian malam kebudayaan & mainan peralatan musik tradisional
  • Mendaki bukit Sinisian
  • Hot spring & canopy walk

Jika inginkan kelainan dalam trip anda kalini, bolehla cuba aktiviti ni dengan hubungi Walai Tokou Homestay:

Tel: +6088.888 166

H/P: +6019.860 2270

Whatsapp: +6019.8011790

Website: www.walaitokou-homestay.com.my

email: koch_wth@yahoo.com

Respons Pembaca

berkata tentang ini

0 comments on “Wajib Cuba Panjat Bukit Sinisian Jika Ke KundasangAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *