tempat menginap putrajaya

Menginap Di Hotel Dorsett Jika Ke Putrajaya #BloggertalkPutrajaya

Berdasarkan dari artikel 10 Aktiviti Best di Putrajaya, rupanya banyak gila aktiviti yang anda boleh buat di Putrajaya. Dan kesemua aktiviti tersebut tidak mungkin habis dalam masa sehari sahaja. Jadi, anda perlu untuk menginap di hotel yang berdekatan Putrajaya.

Menginap Di Hotel Dorsett Jika Ke Putrajaya #BloggertalkPutrajaya

Saya mewakili #bloggertalkputrajaya mencadangkan agar anda cuba untuk menginap di Hotel Dorsett Putrajaya.

Menginap Di Hotel Dorsett Jika Ke Putrajaya

Lokasi Hotel Dorsett Putrajaya?

Lokasi Hotel Dorsett Putrajaya agak terlindung daripada jalan raya. Saya dan Lala Rahim berpusing berkali juga untuk masuk ke parking hotel Dorsett Putrajaya. Yelah, sebab kita dah biasa anggap semua bangunan di Putrajaya ni hanya khas untuk urusan pejabat. Jadi, bentuk bangunan pun rasa sama je walaupun berlainan sebenarnya. Hihi.

Bangunan Hotel Dorsett Putrajaya terletak berhadapan bangunan Pos Laju Putrajaya. Jadi, kalau nak mudah cari Hotel Dorsett ni, boleh “alert” dengan papan tanda Pos Laju Putrajaya. Nah maps untuk rujukan:

hotel selesa putrajaya

Tahap kebersihan dan keselesaan?

Nak bagitau ni. Dekorasi lobi Hotel Dorsett Putrajaya smart gila! Bolehla jadi tempat untuk selfie yang gila bergambar tu. (termasuk kami. Hehe). Dekorasi dan keselesaan bilik di Hotel Dorsett memuaskan & selesa didiami. Saya & rakan menginap di bilik yang menyediakan 2 katil bujang.

Apa yang menarik di Hotel Dorsett?

Kolam infiniti

kolam renang putrajaya dorsett hotel

Bahagian paling menarik pada Hotel Dorsett adalah ruangan kolam renang mereka. Terletak di tingkat atas dan dari situ boleh nampak pemandangan masjid Besi.

dorsett putrajaya bloggertalk

Pemandangan waktu malam memang memukau & saya siap bayangkan waktu malam langit terbentang luas dengan taburan bintang-bintang. Tapi sayangnya malam tu kebetulan cuaca mendung & hujan.

Ruangan makan strategik & unik

Selain kolam renang, lokasi hotel Dorsett ni agak unik. Sebab terletak di dalam shopping mall. Ruangan makan mereka di kawasan tengah shopping mall. Satu tingkat pusingan mall hanya khas untuk ruangan makan Hotel Dorsett. Tak silap saya lah.

Harga Bilik Untuk Tempahan Di Dorsett Putrajaya?

Harga bilik tak menentu. Tapi kalau tak silap saya, untuk bilik yang saya duduk di Dorsett termasuk dalam kategori Twin Standard bernilai RM257/malam. Lengkap dengan hidangan sarapan pagi.

Kalau nak tempah bilik, boleh cuba hubungi Dorsett Putrajaya di talian 03-88928388 atau terus ke website dorsetthotel.com untuk rujukan harga & bilik.

Kesedapan Makanan Dorsett Putrajaya?

Macam biasalah menu makanan hotel nampak serupa saja di mata saya. Jadi, apa yang boleh saya katakan, makanan di sini memuaskan hati & menu kegemaran saya semestinya daging salai yang dihiris halus. Umph!

Pendapat Peribadi Penulis Tentang Dorsett?

Terpulang pada selera masing-masing. Kalau rasa ada bajet berlebihan & teringin berehat di Putrajaya, maka Dorsett Putrajaya adalah salah satu tempat yang sesuai.

Cuma mungkin tak berapa ekonomik  untuk yang berkeluarga.

Ada banyak lagi gambar yang saya akan update kemudian untuk rujukan anda. Maaf, sdcard saya corrupt 2 hari lepas. Sedang dalam proses mendapatkan semula gambar.

Respons Pembaca

berkata tentang ini

2 comments on “Menginap Di Hotel Dorsett Jika Ke Putrajaya #BloggertalkPutrajayaAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *