hotel melaka, hotel melaka luas selesa, hotel melaka murah, the straits & suite hotel melaka

Ruang Hotel Luas Dan Selesa Bersama Keluarga #BloggertalkMelaka

Jika anda merancang untuk bersiar-siar di sekitar kota Melaka melebihi dua hari, homestay & hotel adalah keperluan paling atas. Tapi, dalam banyak-banyak pilihan saya jamin anda akan rasa keliru untuk pilih yang sesuai dengan kehendak masing-masing bukan?

Ruang Hotel Luas Dan Selesa Bersama Keluarga #BloggertalkMelaka

Ruang Hotel Luas Dan Selesa Bersama Keluarga #BloggertalkMelaka

Kota Melaka terkenal dengan nilai-nilai sejarah yang tersendiri. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di Melaka seperti:

  • Memahami sejarah kota Melaka melalui lawatan ke muzium & bangunan bersejarah yang ada disekitar
  • Jonker Walk ( sama seperti pasar malam yang jual pelbagai jenis makanan pada hari Jumaat & Sabtu sahaja )
  • Menghargai karya Senibina Istana Sultan Melaka
  • Menara Taming Sari (lihat seluruh bandar melaka dari menara ni)
  • Muzium Baba Nyonya (Melaka terkenal dengan identiti masyarakat Baba Nyonya)
  • Taman Mini Malaysia & kebudayaan Asia (lihat senibina pelbagai jenis rumah, hasil kraftangan,etc)
  • Taman Rama-rama
  • Banyak lagi

Sehari takkan cukup sekiranya anda berniat untuk menghabiskan cuti bersama keluarga di Melaka. Apa saranan lokasi terbaik untuk bermalam di Melaka? Team #bloggertalk telahpun menghabiskan masa selama 2 hari satu malam di Hotel The Straits & Suite Melaka.

Masuk sahaja ke hotel, memang penuh dengan orang luar Malaysia. Rasanya mungkin rakyat dari Myanmar ataupun China. Mereka akan datang menginap dalam kelompok rombongan yang sangat ramai.

Jadi, jika anda ingin menginap di hotel ini, disarankan agar tempah awal sebelum “full house”.

Apa yang Menarik tentang The Straits & Suite Hotel Melaka?

Luas & selesa

Ruang hotel The Straits & Suite memang luas dan selesa. Anda boleh memuatkan sehingga 5 orang di dalam satu bilik. Sebab? kebiasaannya bila kita tempah bilik hotel, hanya akan ada ruang tidur sahaja. Tapi di The Straits & Suite ada ruang tamu serta ruang makan juga. Jadi, ruang yang luas ini sesuai untuk sekeluarga.

Ada ruang dan peralatan asas memasak

Untuk yang ada bawa makanan sendiri, di Hotel The Straits & Suite menyediakan peralatan seperti dapur masak (elektrik), peti sejuk, serta microwave. Jadi, anda boleh memanaskan makanan di microwave & makan beramai-ramai di ruang makan yang sedia ada. Tiada peralatan masak disediakan di hotel ni. Cuma dapur memasak sahaja.

boleh masak kat hotel melaka

Ruang balkoni

Ruang balkoni hotel ini ada yang tidak boleh dibukak atas faktor keselamatan. Tapi, ada juga yang boleh dibuka pintu balkoni dan anda boleh melihat bandar Melaka sehingga ke arah laut Melaka juga.

tengok sunset di kota melaka

Kolam Renang Infiniti 

Ya, ni antara aktiviti wajib kalau menginap di mana-mana hotel. Haha! Kolam renang infiniti The Straits & Suite hotel Melaka ni terletak di aras yang sama dengan tempat makan kedua. Sebenarnya tempat makan utama di aras tingkat lain. Dan di tingkat makan yang beserta kolam renang ni lebih privasi. Jadi, untuk menikmati makan pagi & tengahari, anda boleh ke tingkat lain ya. Hehe.

Dari kolam renang pun anda boleh nikmati pemandangan bandar Melaka sehingga ke laut Melaka. Tenang dan kebiruan. Sesuai untuk bersantai bersama keluarga & anak-anak.

Sistem keselamatan lif

Lif di The Straits & Suite hotel tak sama macam hotel biasa. Anda perlu tap kad bilik anda untuk naik ke tingkat bilik. Kalau ingin ke tempat makan & lobby tak perlu tap kad. Sebenarnya, ada beberapa lagi hotel menggunakan sistem macamni jugak. Kelebihannya? Orang luar tak boleh nak masuk suka-suka ke bilik hotel. Perlu ada kad bilik baru boleh naik ke tingkat yang sepatutnya. Jadi, cara ni lebih selamat lah.

Bayangkan rombongan pelancong yang datang ke sana sangat ramai. Jika tiada sistem ni, mereka bebas untuk keluar masuk tanpa had ke bilik hotel.

Harga bilik Murah

Bila bertanyakan kadar harga untuk bilik yang kami diami, terkejut seketika sebab kami target mungkin RM250 ke atas bila tengok keluasan dan kelengkapan yang ada. Tapi, sebenarnya harga bilik The Straits & Suite Hotel Melaka lebih murah dari yang dijangka! Fuhh.

Deluxe King (bermula dari RM135)  – Untuk gambar di dalam artikel ni kami duduk di bilik Deluxe King

Premier Suites (bermula dari RM195)

bili katil hotel melaka saiz king

Wi-fi laju gila!

Sampai je kat hotel, laptop & kerja memang tak tinggal. So memang syiok lah, bila boleh akses Wi-Fi laju gila kat hotel The Strais & Suite ni hah.

Berdekatan Dengan Dataran Pahlawan Melaka

Hotel The Straits & Suite ni memang terletak tengah-tengah ke semua tempat. Nak gi shopping kat dataran pahlawan melaka pun depan hotel je. Cuma kena berjalan sikitlah keluarkan peluh tu. Hehe

hotel dekat dataran pahlawan melaka

Berdekatan Kedai Urut

Hah, cerita bab kedai urut. Memang berlambak kedai urut depan hotel The Straits & Suite Melaka ni. Cuma nya kena pandai pilihla. Sebab biasanya, ada jenis kedai urut pelik sikit. Hehe. So, jangan hairan lah kalau nampak lelaki banyak pergi kedai urut kat sini. Kami sendiri nak urut kaki ni pun tak dapat urut sebab penuh dengan pelanggan lelaki sahaja. Woww!

kedai urut hotel melaka

Cara untuk tempah hotel?

Boleh hubungi +606 2898555 ataupun walk-in sahaja ke hotel. Tapi saranan saya, ada baiknya anda call & order melalui panggilan telefon. Risau “Full house” je kalau lambat tempah.

Alamat The Straits & Suite Hotel Melaka?

No 1-B Jalan Melaka Raya 2, Taman Melaka Raya, Melaka, 75000 Melaka, Malaysia

Pendapat Peribadi Tentang The Straits & Suite Hotel Melaka?

Kami berpuas hati dengan servis & harga yang ditawarkan pihak hotel. Serius, memang hotel ni menjadi pilihan utama jika ingin bercuti bersama keluarga di Melaka. Saya bagi 5 bintang untuk hotel The Straits & Suite Hotel Melaka.

Gambar tambahan untuk rujukan anda yang ingin menginap di The Straits & Suite Hotel Melaka:

Respons Pembaca

berkata tentang ini

DhiaVivadea

DhiaVivadea

Penulis Rasmi at Magicalips
Kerja utama saya ialah membuli si dia setiap hari. Selain daripada tu, saya suka kongsi apa sahaja cerita & info yang nampak best di mata
DhiaVivadea

0 comments on “Ruang Hotel Luas Dan Selesa Bersama Keluarga #BloggertalkMelakaAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *