4 Pulau Cantik di Johor Yang Anda Perlu Pergi Setiap Tahun

4 Pulau Cantik di Johor Yang Anda Perlu Pergi Setiap Tahun

Dulu pernah viral sekejap tentang kecantikan pulau-pulau yang ada di johor. Johor kian dikenali dengan kebersihan dan kejernihan air laut di pulau-pulau peribadi yang dahpun dibuka untuk kunjungan ramai.

4 Pulau Cantik di Johor Yang Anda Perlu Pergi Setiap Tahun

  1. Pulau Rawa

Kecantikan Pulau Rawa di Johor Bharu memang diakui pesisir pantainya jernih dan anda akan lihat lebih ramai pelancong luar berbanding orang tempatan. Harga yang ditawarkan di Pulau Rawa mungkin agak eksklusif untuk penduduk tempatan. Tapi, harga yang ditawarkan itu ada sebabnya. Untuk menjaga kebersihan pantai Pulau Rawa, hanya mereka yang sanggup membayar harga tersebut akan betul-betul menjaga kebersihan pulau.

4 Pulau Cantik di Johor Yang Anda Perlu Pergi Setiap Tahun

Pulau Rawa satu-satunya pulau yang sediakan permainan untuk anda menggelungsur dari jambatan terus ke dalam laut. Suasana waktu malam pun agak tenang cuma melekit sedikit lah bila angin pantai tu bawa pasir dan melekat ke kulit.

4 Pulau Cantik di Johor Yang Anda Perlu Pergi Setiap Tahun

Penginapan di Pulau Rawa tidak menyediakan TV. Hanya ada katil, bilik air, aircond & kipas untuk anda diami dengan selesa. Keindahan Pulau Rawa bukan terletak pada kemudahan penginapan. Kerana mereka hanya fokus pada kecantikan & kebersihan pantai Pulau Rawa sendiri berbanding penginapan.

4 Pulau Cantik di Johor Yang Anda Perlu Pergi Setiap Tahun

2. Pulau Tengah

Pulau tengah adalah pulau khas sebagai pusat pembiakan & penyelidikan penyu. Kebiasaanya, bila ada penduduk yang jumpa telur penyu di pulau lain, maka Turtle Watch Camp ni akan membeli telur penyu tersebut untuk dibiakkan di Pulau Tengah terus.

Apa yang menarik dekat Pulau Tengah? Laut sama hijau seperti Pulau Rawa. Cuma bezanya di kawasan Pulau Tengah ni anda hanya boleh melihat penyu, belajar tentang penyu, etc. Malah di pantai Pulau Tengah tiada pelancong yang duduk bersantai di tepi pantai seperti Pulau Rawa.

Jika anda ingin menginap, boleh berjalan sedikit ke menuju ke hujung pulau. Di sana ada disediakan resort khas (Batu-batu Island Resort) untuk anda beristirehat.

3. Pulau Besar

Untuk makluman, coral/terumbu karang di Pulau Besar antara yang paling bagus berbanding pulau-pulau lain. Terumbu karang dijaga dengan teliti di sini & masih hidup dengan cantik lagi.

Satu pantang larang perlu anda tahu. Bila ternampak terumbu karang, pastikan elak daripada terpijak & jangan sesekali bawa balik terumbu karang tersebut. Jika terpijak terumbu karang boleh mati. Jadi, anda memainkan peranan penting untuk terus pastikan pantai di pulau-pulau Johor kekal cantik terjaga.

Kalau di Pulau Rawa atau Pulau Tengah mungkin harga agak mahal berbanding pulau lain. Tapi, jika anda ingin beristirehat di Pulau Besar, boleh terus menginap di Aseana Resort. Resort ni berkonsepkan suasana kampung. Kemudahan yang disediakan juga lengkap. Sesuai untuk anda bersantai dengan keluarga nanti.

4. Pulau Tinggi

Ketiga-tiga pulau yang saya sebutkan di atas, di sana tidak ada penduduk yang menetap. Tapi, berbeza pula keadaan di Pulau Tinggi. Terdapat lebih kurang 70 buah keluarga menetap di Pulau Tinggi. Dan paling istimewa bila Sultan Johor menempatkan penginapan persinggahan berdekatan Pulau Tinggi.

Kenapa pulau ni digelar Pulau Tinggi. Kalau anda perhatikan di gambar bawah, ada satu bukit yang tajam macam tanduk. Dan sebab tu digelar sebagai Pulau Tinggi. Hehe

Jika ke Pulau Tinggi, anda boleh menginap di Tad Marine Resort. Terletak betul-betul bersebelahan dengan pantai & kemudahan penginapan memang terbaik. Aktiviti yang boleh buat di sini?

  • Berkayak
  • Snorkelling
  • Hiking/jungle trekking
  • Wedding Celebration
  • Etc

Banyak benda sebenarnya boleh buat di Pulau Tinggi. Pulau ni memang terbuka untuk kunjungan orang ramai. Maknanya naik bot boleh ke pulau Tinggi teruslah. Kalau di pulau lain, anda perlu menempah bilik mengikut pakej harga sedia ada.

Pantai di Pulau sekitar Malaysia memang cantik. Dan di Pulau Negeri Johor lebih cantik berbanding biasa. Jadi, jika anda ingin meluangkan masa bersantai di pulau sekitar Malaysia, jagalah kebersihan & patuh pantang larang yang pihak pengurusan dah tetapkan. Jika tak, 10 ke 20 tahun akan datang, generasi seterusnya mungkin takkan nampak betapa indahnya pantai yang ada kat Malaysia ni.

Anda Mungkin Ingin Baca Artikel Pemandangan Seluruh Kundasang Dari Bukit Sinisian

Respons Pembaca

berkata tentang ini

DhiaVivadea

DhiaVivadea

Penulis Rasmi at Magicalips
Kerja utama saya ialah membuli si dia setiap hari. Selain daripada tu, saya suka kongsi apa sahaja cerita & info yang nampak best di mata
DhiaVivadea

0 comments on “4 Pulau Cantik di Johor Yang Anda Perlu Pergi Setiap TahunAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *