Berjaya Kuruskan Badan Dengan Rebusan Air Kurus Viral

Dya sekarang ni memang tengah struggle nak kuruskan badan. Tapi, pempaham je lah. Malas weh! Asal malam je mesti makan apa saja lepastu menyesal. Nak exercise jauh sekali. Macamana nak kurus ni?

Nasib baiklah cik puan Aisyah Badar Bajrai baik hati nak kongsi petua untuk kuruskan badan dengan bahan-bahan semulajadi. Dya nak lah cuba. Kot kurus lepasni kan?

Berjaya Kuruskan Badan Dengan Rebusan Air Kurus Viral

Antara bahan yang digunakan untuk kurus:

  • 1 liter air
  • 2 batang serai diketuk
  • 7 biji cengkih
  • 1 batang kayu manis ceylon
  • 3 hiris halia
  • 1 biji lemon

Katanya kalau minum air rebusan ni, bukan badan je kurus. Kulit pun jadi cantik, badan bau wangi. Haih, ni yang tak sabar nak cuba!

Cara nak rebus air kurus viral:

  1. Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit.

air kurus viral

2. Tutup api, ambik setengah gelas air rebusan kemudian setengah gelas air biasa. Perah 1 hirisan lemon dan 1 sudu madu. Minum ketika masih suam , 30 minit sebelum makan.

cara masak air rebus kurus viral
Letak madu
air kurus viral
perah hirisan lemon

3. Lebihan air boleh disimpan dalam peti ais. Bila nak minum, campur setengah gelas air rebusan tu dengan setengah gelas air panas. Perah lemon, tambah madu. Minum masa suam baru mujarab katanya.

Berjaya Kuruskan Badan Dengan Rebusan Air Kurus Viral 10

Tak silap Dya, cik puan ni jual produk Kayu manis ceylon tu. Ada banyak khasiat kayu manis beliau antaranya:

  • kurangkan jerawat muka
  • kurangkan kencing manis
  • lancarkan period
  • kurangkan kolesterol
  • buang angin dan toksin dalam badan
  • bantu pecahkan lemak
  • hilangkan bau badan
  • antioksidant

Selebihnya boleh tengok screenshot kat bawah ni:

Berjaya Kuruskan Badan Dengan Rebusan Air Kurus Viral 10

Tq awak sebab sudi kongsi resepi ni. Dya simpan dan tulis kat blog sebab senang nak rujuk nanti. Hehe.

Sebab Dya tak berani lah nak cuba produk kurus kat pasaran. Sebab boleh bagi kesan untuk jangka masa panjang nanti.

Dya lebih rela untuk amalkan petua bahan semulajadi sebab sah-sah la bahan semulajadi lebih selamat.

Respons Pembaca

berkata tentang ini

1 comment on “Berjaya Kuruskan Badan Dengan Rebusan Air Kurus ViralAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *