Dr Hamid Arshat Kongsi 18 Rahsia Awet Muda Secara Semulajadi

Dr Hamid Arshat Kongsi 18 Rahsia Awet Muda Secara Semulajadi

Sekarang ni zaman orang berlumba-lumba jual produk macam pil kurus, pil kulit bersih putih gebu, pil itu, pil ini. Tapi, banyak juga kes yang mana produk tempatan memudaratkan pengguna yang memakai.

Kesan akan nampak dalam waktu jangka masa yang panjang. Mungkin luaran wajah nampak bersih dan gebu. Tapi dalaman, terseksa.

Jadi, saya terbaca status FB Dr Hamid Arshat jadi terfikir kenapa kita tak guna je bahan semulajadi untuk kekal awet muda? Kan?

Dr Hamid Arshat Kongsi 18 Rahsia Awet Muda Secara Semulajadi

Berikut merupakan saranan dari Dr Hamid Arshat cara untuk kekal awet muda dengan bahan semulajadi:

  1. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. nisbah 55% karbohidrat, 20% protein dan 15% lemak.
  2. Jangan makan berlebihan terutamanya karbohidrat dan gula sebab ia akan menyebabkan penyakit diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, etc.
  3. Jauhkan makanan yang diproses, diawet, dan yang mengandungi terlalu banyak perisa dan gula (fast food/junkfood)
  4. Lebihkan memakan buahan dan sayuran. 70% makanan perlu daripada bahan mentah dan segar.
  5. Amalkan minum jus buahan tanpa gula (seperti buah betik, limau, nenas, jambu, mangga)
  6. Banyakkan mkan daun salad dan tomato, timun dan dicampur dressing minyak zaitun
  7. Amalkan makan ulam raja, kacang botol, pegaga, pucuk daun ubi, keledek, betik
  8. Amalkan makan sayuran seperti brokoli, sawi, bayam, pucuk paku, cekur manis, kobis, cendawan, etc
  9. Lebihkan makan ikan dan kurangkan makan daging lembu, kambing atau ayam
  10. Amalkan 2 biji telur separuh masak untuk sarapan
  11. Kurangkan makanan bergoreng. Biarkan masak stim, rebus atau grill
  12. Makan beras perang, roti multigrain, oats dan jagung
  13. Makan kekacang seperti badam, kismis, korma sebagai sampingan
  14. Minum kopi 1-2 kali sehari. Minum teh hijau, air suam dengan lemon, madu dan cuka epal.
  15. Minum air mineral lebih 4 liter sehari
  16. Tidur sebelum pukul 10, bangun pukul 5 pagi
  17. Jauhkan merokok dan arak
  18. Amalkan solat, bersedekah, berzikir, dan selawat
  19. Exercise 30 minit sehari dengan berbasikal, jogging, berjalan kaki, threadmill
  20. Ambil vitamin dan logam setiap hari sebaiknya waktu sarapan

Dr Hamid Arshat Kongsi 18 Rahsia Awet Muda Secara Semulajadi

Terima kasih Dr Hamid sebab sentiasa memberi saranan dan nasihat untuk kesihatan masyarakat terutamanya wanita.

Mereka yang menghadapi masalah kesuburan atau sukar hamil, boleh baca Artikel Cara Buat Temujanji Di Klinik Dr Hamid Arshat

 

Respons Pembaca

berkata tentang ini

0 comments on “Dr Hamid Arshat Kongsi 18 Rahsia Awet Muda Secara SemulajadiAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *