Aku Hamil Selepas Minum Air Taugeh. Cara Masak Macamni

Aku Hamil Selepas Minum Air Taugeh. Cara Masak Macamni

Untuk yang tertanya macamana cara aku masak air taugeh ni? Sebenarnya aku dua tiga kali jugak buat air taugeh. Tapi sudahnya aku tak minum. Haha.

Hangat-hangat tahi ayam. Sebab aku kan dibekalkan clomid, jadi aku rasa boleh pregnant lah bila dah dibekalkan ubat doktor.

Tapi rupanya sangkaan tu salah sama sekali. Haha. Korang boleh baca lah kat artikel sebelum ni okay?

Baca Kat Perjalanan TTC Selama 6 Tahun Perkahwinan

Nak masak air taugeh ni senang je. Aku minum sekali je sehari. Tapi kalau korang nak minum 2 kali sehari pun okay je.

Aku Hamil Selepas Minum Air Taugeh. Cara Masak Macamni

Untuk memudahkan korang, aku buat terus video cara masak air taugeh kat youtube bawah ni:

Cara Masak Air Taugeh Untuk Hamil:

  1. Rendam segenggam kacang hijau semalaman dalam bekas berisi air
  2. Esoknya, buang air tersebut dan ambil kacang hijau
  3. Alaskan atas meja sehelai tisu bersih. Kemudian letak kacang hijau tadi ke atas tisu.
  4. Tutup semula kacang hijau dengan tisu bersih. Renjiskan air supaya tisu sentiasa dalam keadaan lembab. Biarkan semalaman
  5. Keesokan harinya, kacang hijau akan keluar ekor anak taugeh. Ambil dan masukkan ke dalam periuk
  6. Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk dan rebus hingga kuantiti air jadi separuh ataupun rebusla dalam seminit pun ok.
  7. Tapis air rebusan tu, minum airnya setiap malam sebelum tidur. Saya minum dari hari ke2 period hingga habis period sebab tak tau waktu subur bila
  8. Segenggam kacang hijau tu adalah untuk minum selama seminggu
  9. Esoknya, guna anak taugeh yang sama . Hanya tukar guna air rebusan baru sahaja.

Kalau korang tau waktu subur, boleh je try minum dari hari period sampai waktu subur. Saya tak tau waktu subur sebab period tak tetap. Tujuan saya minum air taugeh adalah untuk ganti fungsi clomid (besarkan telur).

Sebab saya dah buat treatment 3 cycle which mean tak boleh dah nak makan clomid sebab nak makan clomid ni ada dos yang tertentu sahaja. Dan tak boleh suka-suka makan clomid.

Jadi alternatif yang ada adalah makanan semulajadi untuk membantu saya. Dengan minum air taugeh kemudian pergi berurut untuk menguatkan lagi kondisi telur dalam rahim saya.

Bukan senang jumpa orang pandai mengurut. Korang try la berurut dengan Ibu Nisa. Baik sangat orangnya. Selalu bagi semangat untuk pasangan yang nak usaha dapatkan anak macam saya.

Semua ni saya ada cerita dalam artikel Aku Mengandung Selepas 6 Tahun

Ada bermacam cara untuk hamil. Kena selalu cuba, usaha & jangan putus asa. Sampai masa memang ada rezekinya.

Aku doakan korang & pasangan cepat-cepat dapat zuriat yang sempurna sihat nanti. Owh kalau nak tanya tentang no telefon Ibu Nisa, FOLLOW & DM kat Instagram Dhiavivadea ya. Sebab kat blog aku lambat reply nanti.



Respons Pembaca

berkata tentang ini

0 comments on “Aku Hamil Selepas Minum Air Taugeh. Cara Masak MacamniAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *