5 Survival Warga Asing Di Malaysia, #4 Agak Menyentap Hati

Isu kebanjiran warga asing di Malaysia memang tak asing lagi dalam topik perbincangan masyarakat kita. Anehnya warga asing ini makin selesa di negara bertuah Malaysia kita ini. Menolak perbincangan sensitif dengan menuding jari ke mana-mana agensi tentang kebanjiran warga asing ini, saya hendak membincangkan survival warga asing di Malaysia yang menjadikan mereka bertahan dan suka tinggal di Malaysia.

sumber gambar dari robinwong.blogspot.com

Banyak faktor yang menyebabkan mereka boleh bertahan di Malaysia ini. Malah ada di kalangan mereka hidup mewah berbanding rakyat tempatan sendiri. Ada yang dah memiliki premis perniagaan mereka sendiri sepanjang mereka disini.

1. Mereka Sanggup Melakukan Kerja-Kerja Yang Warga Tempatan Tak Buat

Bukanlah nak cakap rakyat tempatan ni memilih, tetapi kebanyakan sektor membuat bangunan di Malaysia kebanyakkan diisi oleh warga asing. Selain dari itu, bagi warga asing yang datang dari Pakistan pula sanggup mengerah tenaga untuk menjual kain dan barangan elektrik di kampung-kampung dan kawasan perumahan dengan bayaran ansuran. Kalau kita lihat di Low Yat Plaza Kuala Lumpur tu, warga Bangladesh sudah mampu menyewa premis untuk menjual barangan komputer.

2. Mereka Saling Membantu Membangunkan Bangsa Mereka.

Entah apa modus operandi mereka, setiap kali warga asing ini menjejakkan kaki di Malaysia sudah pasti terjamin mereka akan mempunyai kerja. Samada mereka akan membuka kedai runcit di kampung-kampung, atau bekerja di kedai runcit yang sudah dibangunkan oleh sahabat-sabahat mereka sebelum ini. Bila dah cukup modal, mereka pula buka kedai runcit dan menggajikan warga asing yang lain atau mungkin warga tempatan di kedai mereka.

Baca juga: 6 Hero ini Berasal dari Malaysia, Apa yang Mereka Sumbangkan Pada Dunia Mengejutkan Anda

3. Berkahwin Dengan Warga Tempatan

Mungkin jarang kita dengar tentang perkara ini. Tetapi isu perkahwinan dengan warga tempatan ini membolehkan mereka mendapatkan Pas Lawatan Sosial (PLS) yang lebih lama di Malaysia. Mereka sanggup membayar sejumlah wang untuk memanjangkan usia PLS mereka demi untuk menetap dan berniaga di bumi bertuah ini. Selain isu PLS, berkahwin dengan warga tempatan juga dapat memberi mereka banyak kelebihan untuk terus kukuh di bumi Malaysia.

Sumber gambar : robinwong.blogspot.com

4. Tidak Pernah Merungut Dengan Keadaan Malaysia

Bagi kita rakyat tempatan, mungkin banyak perkara yang kita rungutkan setiap hari tentang isu-isu berkaitan pemerintahan di Malaysia. Namun bagi mereka, dapat duduk di bumi bertuah ini dianggap satu kenikmatan yang mereka idamkan. Warga Pakistan contohnya, mereka lebih selesa di Malaysia berbanding di Islamabad berikutan konflik yang berlaku di sana. Ramai daripada mereka yang datang ke Malaysia sebab isu keselamatan di negara mereka selain isu ekonomi.

5. Tiada Apa Yang Perlu Dirisaukan

Orang putih kata “Nothing To Lose,” Itu yang saya nampak ada pada mereka. Mereka tidak risau jika ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan kerana kesalahan pas lawatan tamat tempoh atau isu-isu immigrant yang lain. Mereka tahu mereka akan dihantar ke rumah merah dan akhirnya dihantar kembali ke negara asal mereka. Selepas beberapa bulan, mereka kembali ke Malaysia untuk membuat beberapa percaturan lain.

Baca juga : 4 Sebab Penjawat Awam Minum di Luar Waktu Pejabat.

Saya cuba sehabis mungkin mengelakkan sebarang isu sensitif dalam mengeluarkan artikel ini. Harap perkongsian ini dapat membuka mata kita betapa kita sebenarnya bertuah menjadi warga Malaysia. Jom layan lagu Nothing To Lose dari Micheal Learn To Rock.

8 thoughts on “5 Survival Warga Asing Di Malaysia, #4 Agak Menyentap Hati

  1. Bagi saya tanggapan No 5 adalah salah. Kebanyakan mereka risau kalau dtangkap. Kerana mereka akan membanyar sejumlah wang dalam jumlah rm2k untuk pengurusan penghantaran ke negara asal dan nama mereka akan di senarai hitam untuk seketika, Bagi No 2 pula, rakan2 senegara mereka yang ada kat sini akan meminjam kan sejumlah wang sebagai modal kepada kawan mereka yang baru datang. Sehingga modal dapat pusing, nanti2 bayar pun tak apa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *