Akhirnya Spiderman Muncul di Trailer Akhir Civil War

Jika anda mengikuti perkembangan hak cipta Superhero filem luar negara, anda pasti tahu watak Spiderman adalah hak milik penuh Sony Pictures. Ramai peminat filem yang ternantikan kemunculan Spiderman di filem Captain America : Civil War berteka teki sama ada Spiderman akan muncul di filem ini atau tidak. Ada yang kecewa kerana tahu Spiderman bukan milik Marvel lagi maka mereka membuat andaian Spiderman tidak akan menyertai mana-mana team di Civil War sama ada #TeamIronMan atau #TeamCaptain.

Akhirnya Spiderman Muncul di Trailer Akhir Civil War

Namun teka-teki berkenaan kemunculan Spiderman dalam filem Civil War terjawab apabila akhirnya Marvel mengeluarkan Trailer terakhir filem Civil War yang rasmi. Dalam trailer ini menunjukkan Spiderman muncul diakhir video. Andaian peminat yang mengatakan TeamIronman kurang lagi seorang ahli dan ia semestinya Spiderman jadi kenyataan apabila Spiderman betul-betul berada dalam TeamIronman.

Perkara ini juga pernah ditulis dalam artikel TheVocket yang mengatakan Perjanjian telah dimeterai dan Sony Pictures bersetuju untuk membenarkan Spiderman menyertai Avengers dalam Civil War.

One thought on “Akhirnya Spiderman Muncul di Trailer Akhir Civil War

  1. Pingback: Akhirnya Spiderman Muncul di Trailer Akhir Civil War - Best Blogger Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *