Contohi Cara Pemuda Ini Miliki 3 Rumah Dalam Masa Setahun 4 Bulan

Disebabkan kami sekarang ni sedang cuba berjinak-jinak dengan pelaburan hartanah. Maka, ada baiknya kami kongsikan pengalaman seorang pemuda ini yang mana berjaya memiliki 3 hartanah dalam tempoh masa yang cukup singkat. Motif utama post ini adalah untuk menyedarkan semua tentang bagaimana untuk melabur dalam bidang hartanah. Ada pelbagai cara dan teknik untuk menjadi jutawan hartanah. Untuk permulaan, mengkaji dan memahami tentang teknik itu sangat penting untuk anda. Dan perkongsian ringkas dari En. Muhamad Iqbal Hafifi ini adalah salah satu teknik yang boleh anda contohi.

Baca Juga Bagaimana Gadis Muda Ini Miliki Rumah Sendiri Selepas 11 Bulan Bekerja

Contohi-Cara-Pemuda-Ini-Miliki-3-Rumah-Dalam-Masa-Setahun-4-Bulan
Contohi Cara Pemuda Ini Miliki 3 Rumah Dalam Masa Setahun 4 Bulan

Contohi Cara Pemuda Ini Miliki 3 Rumah Dalam Masa Setahun 4 Bulan

1 tahun 4 bulan, 3 biji rumah.

Assalamualaikum.

Mintak maaf tak sempat nak reply satu satu PM yang diterima.

Di sebabkan ramai yang tanya macam mana cara saya beli 3 biji rumah selepas 1 tahun 4 bulan bekerja, jadi saya kongsikan secara umum sahaja di sini.

Gaji basic : RM2,400
Mula kerja : Feb 2014 (Fresh graduate)
Part time: Sublet 1 unit Cashflow (RM200)
Bilik Sewa free sebab duduk sekali dgn rumah sublet
Asset : 15g gold bar (kumpul masa student)
Cash : RM1,000 (kumpul masa praktikal 5 bulan (RM200 sebulan)

Rumah pertama (June 2014):

Apartment Harmoni, Damansara Damai (Tingkat 4)
Selling Price : RM55,000
Bank Value : RM65,000
Deposit : RM5,500
Cara kumpul Deposit : net gaji dalam RM2,100, saving RM1,200 (Nampak macam banyak, try first)..Balance RM900 (RM500 parent, balance RM400 untuk makan minum, minyak motor, dll), hidup bujang masa terbaik untuk saving.
RM400 : seminggu RM100 (pandai2 la pusing duit untuk makan, topup, minyak motor)
Tips : Saving, cuba hidup miskin untuk 3 bulan. InsyaAllah hidup lagi.
RM200 duit dari sublet guna sebagai emergency plan, tak cukup lagi, pajakkan 15 gold bar dekat arrahnu.

Saving : RM1,200 x 4 bulan (Februari – May)= RM4,800
Total cash : RM4,800 + RM1,000 = RM5,800
Cukup dah bayar deposit 10%

Rumah Kedua (January 2015):

Apartment Mesahill@Nilai(Underconstruction)
Price : RM169,000++
Loan 100%. (10% discount by developer)
Refundable booking RM3,000
Cara kumpul deposit sama je macam rumah pertama, ulang setiap bulan.

Rumah Ketiga (June 2015):

Apartment Kenanga, Putra Perdana, Puchong
Price : Rm118,000
Bank Value : RM155,000
Loan 70% : RM108,500
Deposit : RM11,800
Cara Kumpul deposit: Cash dari rumah pertama RM9,000 , balance lagi RM2,000 tu kumpul setiap bulan macam biasa.

Setiap rumah ada cerita dan cara nya sendiri, panjang untuk di ceritakan di sini. Kalau ada yang nak tahu lebih detail, InsyaAllah saya boleh kongsikan masa akan datang.

Setiap orang ada objektif dan strateginya sendiri dalam beli rumah (Flipping, rental income, appreciation dll).

Setiap langkah seperti cantikkan bank statement,cara kira DSR, cara untuk lepas loan, cari rumah below market value dan pemilihan rumah semuanya perlukan ilmu. Boleh join seminar atau beli buku.

Cara saya, pergi MPH atau Popular, lepak sejam setiap minggu, cari buku pasal property, dapat ilmu free. Terima Kasih Tuan Azizul Azli Ahmad beri saya peluang untuk berkongsi dengan ramai kawan Facebook.

Kesimpulannya, untuk anak-anak muda di luar sana, walaupun zaman ekonomi gawat dan inflasi, sedar atau tidak bahawa nilai hartanah mencanak naik?? Dan siapa yang berebut beli? Kebanyakan merupakan golongan non bumi. Dan kebiasaannya lot bumi sukar habis dengan pantas seperti lot hartanah non bumi. Mengapa jadi keadaan sebegini??

Jangan sesekali anda fikir ” diorang bolehla beli, diorang kaya, ada sokongan sesama sendiri” .

Memang apa yang anda fikir itu betul tapi penyebab utama kenapa chinese mampu beli adalah kerana mereka sangat bijak dan mahir dengan selok belok hartanah. Mereka saling membantu dan ikhlas mengkayakan orang lain juga. Mengapa tidak anda? Cuma menjadi beza adalah kita kurang kesedaran & ada juga tidak mahu tahu tentang potensi pelaburan hartanah. Untuk makluman setiap tahun, akan lahirnya ramai jutawan hartanah di Malaysia. Potensi besar bidang ini menjadi rebutan ramai orang. Jom sama-sama kita ceburi bidang hartanah dan menjadi kaya. Kemudian, mengkayakan yang lain pula. Syiokk bukan?? Untuk pertanyaan lebih lanjut teknik beliau, terus ke facebook Muhamad Iqbal Hafifi

Baca Juga Panduan Lengkap Cara Beli 3 Buah Rumah Dalam Masa 16 Bulan

3 thoughts on “Contohi Cara Pemuda Ini Miliki 3 Rumah Dalam Masa Setahun 4 Bulan

  1. Pingback: Pemuda Ini Miliki 3 Rumah Dalam Masa Setahun 4 Bulan Hanya Dengan Cara Ini | myMetro | Akhbar Online Harian Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *