Walaupun bersaiz kecil, Anda Tak Terfikir 6 Barang Ini Sangat Berguna Di Kolej Nanti

 

Setiapkali waktu kuliah bermula, pasti anda kena angkut barang-barang dari rumah, bawa ke dorm masing-masing bukan? Dan antara barang penting yang wajib korang punggah masuk bilik dorm semestinya extension plug, mug, water heater, makanan untuk setahun (eh?),dan banyak lagi.

Tapi dalam banyak-banyak barang, ada 6 barang penting yang mana bila takda korang tak boleh hidup la jawabnya kat dorm. Haha..Dan barang tu pulak kadang tu mendatangkan masalah, contohnya extension plug terlalu panjang makan ruang, roti bersepah atas meja, blablablabla..

Jadi, pihak Magicalips ingin berkongsi beberapa barang penting untuk anda. Tak kiralah anda pelajar kolej, pelajar asrama mahupun surirumah. Anda pasti perlukan barang kecil ini untuk kegunaan harian. Perhatian untuk yang suka mengemas dan seorang yang pembersih, anda pun pasti suka barang yang praktikal macamni.
#1 USB Port mempunyai diameter sekecil 3.9 inch setebal  2.8 inch. Sangat berguna sebab boleh charge sehingga 6 device seperti laptop, phone,dan lain2 dalam 1 waktu yang sama
50 watt 6 port-usb.  Sumber dari Amazon

50 watt 6 port-usb.  Sumber dari Amazon
#2 MultiFuntion Plug berbentuk kompak ini, lebih ideal digunakan berbanding extension anda yang panjang dan memakan ruang. Ia Boleh memuatkan 3 plug dalam 1 waktu yang sama serta jimat ruang.

Baca Sini Juga Rimas Dengan Wayar Rumah Yang Bersepah? Kami Ada 12 Idea Terbaik Untuk Anda

#3 Porcelain Coffee Mug ni sangat sesuai kerana ada tempat penebat panas di tengah dan juga boleh dimasukkan dalam microwave (tapi, buat apa masuk situ dik non? Hehe) 
Mug kalis panas , sumber dari Amazon 
#4 Bekas untuk menyimpan Roti anda dalam dorm dan lebih kemas terletak atas meja. Keluasan bekas boleh diubahsuai ikut kuantiti/panjang roti anda
Bekas simpan roti .Sumber dari Amazon

 

#5 Tak pasti boleh bawak masuk dorm atau tidak, tapi ini mini waffle maker. Jadi, rasanya ia tak menggunakan banyak elektrik untuk menghasilkan waffle comel, untuk sarapan pagi anda di dorm bukan?
Waffle Maker. Sumber dari Amazon

 

#6 Mug Heater. Pernah jadi tak setiap kali buat air panas sambil study, minum air sikit-sikit and air tu cepat pulak menyejuk bukan? Mug heater ni memang terbaiklah untuk anda yang inginkan air sentiasa warm/panas dalam tempoh waktu yang lama
Pemanas air bersaiz mini .sumber dari Amazon

2 thoughts on “Walaupun bersaiz kecil, Anda Tak Terfikir 6 Barang Ini Sangat Berguna Di Kolej Nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *