Ubahsuai Rumah Anda Dengan 10 Idea Dekorasi Rumah Kaca

Kami pasti semua orang ada kreativiti tersendiri bila kita bicara berkenaan rumah. Lebih-lebih lagi apabila anda sudah pun memiliki tanah dan rumah sendiri. Dalam fikiran memang akan terbayang-bayang dekor paling best dan menarik untuk kediaman anda nanti. Termasuklah konsep rumah kaca seperti dalam 10 gambar di bawah.

Baca Juga Arkitek Bina Rumah Kaca Di Kawasan Salji

Ubahsuai Rumah Anda Dengan 10 Idea Dekorasi Rumah Kaca

Macam-macam kegunaan boleh diubahsuai hanya dengan 1 konsep rekaan rumah kaca. Jadi, anda tak akan bosan dengan dekorasi dan fungsi yang sama setiap tahun. Antara 10 Idea menarik rumah kaca yang boleh kita aplikasikan atas rumah milik masing-masing ialah:

1. Ruang untuk bersantai.

Boleh santai di waktu pagi, petang & malam sambil minum petang, baca buku, luangkan masa berkualiti bersama keluarga

Rumah kaca santai
Rumah kaca santai

2. Ruang taman yang dipenuhi pokok, bunga dan serangga seperti rama-rama.

Aktiviti tanam sayuran, bunga dan pokok dalam rumah kaca akan memberi kesegaran pada minda anda setiap hari. Silap haribulan boleh tanam “kangkung” banyak2 tau. Hahah!

Aktiviti tanam sayuran, bunga dan pokok dalam rumah kaca akan menenangkan minda anda setiap hari
Aktiviti tanam sayuran, bunga dan pokok dalam rumah kaca akan memberi kesegaran pada minda anda setiap hari

3. Ruang tempat kerja berkonsepkan SOHO 

Korang tak nak ke, buat meeting santai macamni dengan staf? Ataupun korang sendiri buat kerja-kerja office sambil tengok pemandangan luar , dijamin kerja anda akan lebih berkualiti dan best!

Baca Juga Bagaimana Wanita Ini Beli Rumah Di Usia Muda Selepas 11 Bulan Bekerja

Ruang SOHO rumah kaca
Ruang SOHO rumah kaca

4. Boleh bina khemah berlangitkan bintang-bintang.

Bayangkan waktu malam sebelum tidur, anda pasti akan memandang ke langit melihat keindahan bintang. Esok pagi bangun tidur sahaja, anda akan kekal bersemangat baru setiap hari.

Bilik tidur dalam rumah kaca
Bilik tidur dalam rumah kaca

Untuk aktiviti berkhemah pula, daripada pasang khemah tanpa nampak pemandangan luar, ada baiknya buat konsep rumah kaca. Lebih selamat daripada binatang buas, dan lebih best!

Khemah berkonsepkan rumah kaca
Khemah berkonsepkan rumah kaca

5. Ruang Galeri Untuk Pamer Barang Niaga. 

Contohnya anda ada beli rumah teres. Apakata anda buat sedikit pengubahsuaian konsep rumah kaca dan kemudian boleh anda jadikan rumah tu sebagai galeri untuk barang niaga. Dan pelanggan boleh lihat dari luar malah boleh bersantai shopping di situ. Tak perlu kita sewa kedai mahal. Tapi, setahu saya untuk bisnes di kawasan rumah ada peraturannya.

Ruang niaga di rumah kaca
Ruang niaga di rumah kaca
Rumah teres rumah kaca
Rumah teres rumah kaca

6. Ruang memasak yang elegan dan kemas

Kadang memasak pun boleh rasa stress. Memasak merupakan satu aktiviti yang berat dan memenatkan sebenarnya. Tapi hirup udara segar boleh membuatkan anda tersenyum tenang penuh kasih sayang semasa memasak. Yang tukang makan pun akan rasa happy juga nanti. Kan?

Ruang dapur rumah kaca
Ruang dapur rumah kaca

7. Ruang makan dikelilingi warna hijau

Ruang makan pun penting untuk kita dekor, jadi bila sekeliling penuh warna hijau, nak makan pun rasa “heaven” sangat!

Ruang Makan Rumah Kaca
Ruang Makan Rumah Kaca

Ruang makan anda boleh juga diubahsuai jadi ruang yang sangat eksklusif. Tak perlu sewa hotel untuk candle light dinner dan sebagainya. Dalam rumah sendiri lebih cool!

Ruang Makan Malam Rumah Kaca
Ruang Makan Malam Rumah Kaca

10 idea ini bertujuan untuk mengubah 100% ruangan rumah sedia ada kepada 1 konsep baru yang sangat eksklusif dan bagus untuk psikologi harian kita. Berbanding jika kita hanya menghadap dinding yang sama setiap hari, ada baiknya kita buka dinding rumah, buat sedikit pengubahsuaian dan gantikan dengan kaca supaya pandangan kita lebih luas setiap hari dan tidak terperap dengan suasana tertutup seperti sekarang ni.

Baca Juga Idea Bas Sekolah Lama Diubahsuai Jadi Rumah Yang Selesa Didiami Sekeluarga

One thought on “Ubahsuai Rumah Anda Dengan 10 Idea Dekorasi Rumah Kaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *