Bagi anda yang bekerjaya, aktiviti perkhemahan boleh dijadikan idea untuk menghabiskan masa bersama keluarga masing-masing. Biasanya waktu yang sesuai ialah pada waktu cuti sekolah ,mahupun di hujung minggu. Sabtu ahad “boleh cuba kalau berani” berkhemah santai di tepi pantai dengan keluarga. Hihi.
Namun, seringkali menjadi kekeliruan malah kebosanan apabila ingin memilih khemah yang sesuai kan? Malah kadang tu, ada peralatan khemah sukar untuk dipasang dan mengambil masa yang lama untuk siap. Tapi, tahukah kalian bahawa ada banyak jenis khemah moden yang sangat cantik, unik dan kemas tergantung atas pokok?
Sila perhatikan gambar no #2
Pada gambar No #1 digelar sebagai cocoon tent. Idea kreatif untuk merasa tergantung-gantung jauh dari atas tanah. Nice!
Gambar no #2 ni digelar bubble tent. Serius cantik! Banyak lagi gambar seterusnya.Sifat transparent ada pro dan kon.Hahah! Kelebihannya korang boleh nampak semua isi luar khemah. Sambil menghayati keindahan persekitaran luar tanpa perlu keluar khemah.Yang menjadi kontra ialah orang luar pun boleh tengok korang kat dalam khemah. LOL Tiada Privasi di situ kecuali ada alternatif cover, untuk menutup bila perlu.
Gambar No #5 pun tak kurang hebat. Idea kreatif gantung kain khemah beramai-ramai pada batang pokok merupakan cara terpantas, selesa dan best!
Idea yang terakhir ni sangat mengujakan! Tergantung begitu sahaja dan bersebelahan pantai menambahkan keterujaan untuk berkhemah. Kalau boleh nak khemah setiap hari taknak balik rumah dah.Haha..Boleh ke?