Jangan Bawa Anak Kecil Tonton Cerita Superhero Deadpool

Jangan-Bawa-Anak-Kecil-Tonton-Cerita-Superhero-Deadpool2

Kelmarin tak lama selepas filem Deadpool ditayangkan, suami saya terutamanya teruja untuk tonton filem superhero Deadpool. Mulanya saya rasa blur dan pelik kenapa tiket wayang semua “full house”? Dan kenapa suami beria-ia nak tengok?

Dalam hati tertanya, apa lah yang best sangat filem ni weh?

Jangan-Bawa-Anak-Kecil-Tonton-Cerita-Superhero-Deadpool3
credit to foxmovies

Dikatakan filem ini mula diwar-warkan pada tahun 2014 dan dikeluarkan tahun ni. Peh, lama betul iklan dia? ( Strategi pemasaran filem ). Jadi, kita ikut je lah tengok wayang ni. Ada beberapa aksi yang serius tak sesuai lah kalau korang nak bawa anak2 tengok. Walaupun ni cerita superhero. Dan aksi filem ni boleh dikatakan kejam sebab kerjanya membunuh semata-mata nak betulkan muka buruk dia tu. Tapi, tak nampak ngeri sangat sebab selingan lawak si Deadpool ni.

Dan untuk makluman, ada aksi “lucah” sikit la & ayat mencarut, terutamanya perkataan “F..K” tu. Takdala tunjuk semua lucah tapi aksi-aksi intim macam ni, jangan lah bawa anak korang tengok Deadpool. “Not good for them”

Rata-rata saya tengok ada yang memberi reaksi positif dan mengatakan filem ni terbaik. (Owh, yeke? ) Dari segi aksi dan lawak semua ok, tapi percaya atau tak, saya sempat tidur dalam panggung wayang sebab bosan. Pheww..

Jangan Bawa Anak Kecil Tonton Cerita Superhero Deadpool

Secara keseluruhan inti cerita ni hanya berkisar tentang manusia yang menghidap kanser, kemudian menjadi mutan secara paksa oleh satu organisasi. Tujuan dijadikan mutan adalah untuk dijualkan kepada mana-mana pihak yang inginkan tenaga luarbiasa sebagai pertahanan mereka. Untuk peperangan dan “of course” lah untuk tujuan jahat. Heheh.

Baca Juga Lagenda Filem Chappie Pasti Buat Anda Nangis

Pada awalnya, Deadpool ingat organisasi ni nak bantu pulihkan kanser dia. Tapi, rupanya untuk dijadikan mutan secara paksa hinggakan muka deadpool berubah jadi buruk gila. (Ehm, takda lah buruk sangat muka melecur terbakar tu. Masih nampak lagi kehenseman dia) . Sel kanser deadpool musnah sama sekali & deadpool ni kalau ditembak atau dipotong badan pun masih hidup. Sel-sel badan akan kembali pulih seperti biasa.

Jangan-Bawa-Anak-Kecil-Tonton-Cerita-Superhero-Deadpool-4
credit to theverge

Filem ni juga dikaitkan dengan 2 watak X-Men. Lelaki besi & perempuan comel berapi (comel tapi sekali dia berapi memang power). Dan 2 watak ni tugas untuk bantu Deadpool bela diri dia konon-kononnya. Dengan harapan dia dapat muka asal balik. Pengakhiran cerita, muka dia kekal buruk sebab memang tak boleh nak “adjust” dah. Err..

Pendapat peribadi saya kalau untuk tengok sekadar hiburan bolehla kan. Tapi inti cerita kurang bermanfaat untuk saya. Sebab saya sangat memilih kalau masuk bab filem. Saya memilih filem yang ada  inti “rahsia alam” macam cerita transformers, X-Men, Magnificent dan sebagainya. Cerita yang ada rahsia alam akan buat korang terawang jauh fikir tentang kehidupan. Tak membazir masa korang. Deadpool ni bolehla kalau nak bazir masa kejap. Hehe.

Cuma jangan bawa anak kecil kalau nak tonton cerita superhero Deadpool

Baca Juga Marriage Not Dating Drama Korea Menarik



Respons Pembaca

berkata tentang ini

5 comments on “Jangan Bawa Anak Kecil Tonton Cerita Superhero DeadpoolAdd yours →

  1. yang penting, ada anak-anak, memang jangan bawa tengok deadpool ni. bahasa yang digunakan tak appropriate. dan jangan salah anggap movie ni sama dengan avengers tu..kalau avenger, memang untuk budak je..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *