Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Info tambahan: Cyberview Resort & Spa merupakan resort bertaraf 5 bintang. Dan ianya dimiliki oleh Syarikat Setia Haruman Sdn Bhd. serta diuruskan oleh Cyberview Lodge Sdn Bhd

Dalam banyak-banyak tempat berbuka puasa, saya rasa bufet ramadhan di Cyberview Resort & Spa ada sedikit kelainan berbanding tempat lain. Kebiasaannya, kami akan berbuka puasa samada di dalam dewan ataupun di hotel.

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Dan biasalah, dekorasi hotel lebih kepada suasana dalam bangunan. Tak pandai nak bahasakan bagaimana. Hehe. Tapi, di Restoran Verandah, Cyberview Resort & Spa agak berbeza sedikit, kerana dekorasi bufet ramadhan untuk tahun 2017 lebih kepada konsep berbuka puasa di dalam taman tropika.

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Ruang yang luas di perkarangan taman resort

Sampai saja di Cyberview Resort & Spa, di perkarangan lobi resort, bau bunga harum melekat semerbak. Amboi. Hehe.

Di Restoran Verandah ini menyediakan sehingga 23 stesen makanan yang menghidangkan lebih 222 hidangan untuk kita berbuka puasa. Fuhh, memang banyak menu best kat sini. Ada masakan Melayu, Cina, Jepun, Itali, Mexico dan lain-lain. Dan sempat juga saya bertanya, bilangan chef yang kendali semua stesen ini ada dalam lebih kurang 47 orang semuanya.

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Chef Eksekutif Cyberview Resort & Spa, Chef Imran

Masakan Kegemaran Penulis di Restoran Verandah, Cyberview Resort & Spa?

Ada beberapa masakan yang saya sendiri sampai bertambah dua kali. Antaranya:

  • Masak lemak tempoyak ikan patin & talapia (untuk makluman, anda boleh milih jenis ikan berbeza untuk masakan asam pedas, tempoyak dan masak lemak)
Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Asam pedas pekat

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Masak tempoyak. Peh. Ikan paling best ikan patin & talapia

  • Udang serta sayur dimasak secara Pouch, yang mana udang  segar sahaja akan dimasak. (Saya ada alahan pada udang yang boleh buat bibir bengkak lepas makan. Tapi, kalini saya berjaya tambah sehingga 2 pinggan udang dan tidak terkena sebarang alahan langsung. Ini menunjukkan bahawa udang di sini memang betul-betul segar)
Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Masakan Cina (sayuran dimasak secara “pouch”)

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Udang masak ‘pouch’ paling sedap!

  • Crispy durian roll yang berintikan durian Musang King ( menu ini bagi saya antara yang terbaik pernah saya rasa. Sebab? Ia rangup di luar, cair di dalam mulut. Tahniah kepada chef yang mencipta resepi crispy durian roll. Memang sedap )
Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Serius durian crispy inti usang king ni sedap

3 Ruang Makan Berbeza Di Restoran Verandah

Waalupun ada ruangan berbuka puasa berkonsepkan dalam taman, ada juga ruangan di dalam bangunan restoran itu sendiri. Dan terpulanglah jika inginkan udara segar boleh pilih untuk berbuka di sekitar luar restoran. Jika inginkan tempat berhawa dingin boleh pilih di dalam restoran itu sendiri. Kat luar restoran ada dalam belasan gerai. Di dalam restoran pun ada juga stesen makanan. Memang puas lah makan sebab banyak sangat pilihan! Hehe.

3 Ruang Makan Berbeza Di Restoran Verandah

Ruangan makan konsep di dalam taman

3 Ruang Makan Berbeza Di Restoran Verandah

Ruangan makan berhawa dingin

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Ruangan makan berhawa dingin

Berapa Harga Bufet Ramadhan di Restoran Verandah?

Ok, ini satu kelainan lagi yang perlu anda tahu. Harga di hujung minggu lebih murah berbanding harga berbuka puasa hari biasa. Berapa?

Isnin – Jumaat :

Dewasa RM138 nett seorang

Kanak-kanak atas 5 tahun = RM69

Kanak-kanak bawah 5 tahun = PERCUMA

Sabtu & Ahad:

Dewasa RM100 nett seorang

Kanak-kanak atas 5 tahun = RM50

Kanak-kanak bawah 5 tahun = PERCUMA

Biasanya, kalau hujung minggu harga untuk berbuka puasa lebih mahal berbanding hari biasa. Tapi, di Restoran Verandah mengenakan harga yang berlainan & lebih murah di hujung minggu.

Cara Untuk Tempah Bufet Ramadhan Restoran Verandah?

Macam bisalah, peringatan supaya tempah awal sebelum datang ke bufet Ramadhan. Senang. Sampai je restoran, terus duduk. Hehe. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan,

Hubungi:

Talian: 03.83127091/7092

Facebook: Cyberviewresort

Instagram: Cyberviewresort

Jadi, sepanjang berbuka puasa di sini, saya berpuas hati dengan makanan yang disediakan. Terutama sekali masakan yang saya bagitahu di atas. Saya sendiri mengambil masa 2 jam untuk menikmati pelbagai juadah yang disediakan. Tak semua menu saya makan, sebab perut dah takda ruang untuk sumbat makanan lagi. Hihi.

Antara Stesen Makanan Yang Disediakan Di Restoran Verandah:

Kambing panggang golek

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Kambing panggang golek (lengkap dengan nasi Arab, raita yogurt, arab salsa & 3 jenis sos berbeza)

Cupcake & Muffin

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Cupcake & Muffin (aneka pilihan kek)

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Cupcake & Muffin (aneka pilihan kek)

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Blueberry Cheese Cake

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Kek keju

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Kek red velvet

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Kek buah

Pizza Live Station

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Pizza Live Station (Pizza panas dari ketuhar)

Kuih Muih Melayu

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Kuih melayu (bingka ubi)

Sushi & Soba

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Sushi & Soba

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Sushi & soba

Teppanyaki & Okonomiyaki

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Ikan Sabah

Warung Laksa

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Warung laksa (laksa Sarawak, laksa Penang, laksa kari)

Stesen Barbeque 

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Antara menu yang ada (smoked marinated chicken wing, marinated lamb shoulder, marinated minute steak, sotong kari, marinated prawn, etc)

Warung Roti Mamak

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Ada roti canai, roti jala, roti john, murtabak

Asam Pedas & Masak Tempoyak

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Boleh pilih ikan yang anda suka (patin, talapia, salmon, lampam jawa, pari, tenggiri, tongkol, kembung, ikan merah)

Warung Udang & Ketam

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Serbu kat sini sebab sayur & udang ‘pouch’ sedap gila!

Stesen Aiskrim

Berbuka Puasa Dalam Taman, Bufet Ramadhan 2017 Restoran Verandah

Stesen Aiskrim menu paling best aiskrim teh tarik. Hehe

Respons Pembaca

berkata tentang ini

Leave a Reply