Aaron Aziz dimasukkan ke Hospital Prince Court

Dikhabarkan Pelakon dikenali ramai, Aaorn Aziz dimasukkan ke hospital semalam akibat sakit leher yang dialaminya. Isterinya, Diyana Halik mengesahkan khabar aktor tersebut adalah benar apabila memuat naik status beserta gambar melalui laman akaun instagram beliau.
Sumber gambar truestory.my

Aaron dikejarkan ke hospital Prince Court , sejurus selepas tayangan perdana filem lakonan beliau kerana dimaklumkan tidak tahan menanggung sakit leher yang dialaminya beberapa hari yang lalu. Antara status Diyana :
“Di sebalik senyuman itu sebenarnya tersingkap seribu kesakitan. Kesian sayangku tahan sakit.”
“Tolong berehat dan baring saja ya. Saya akan datang semula bila kerja saya sudah habis. Tolong pakai penyokong leher, ya , ” katanya lagi.
Aaron disyaki mengalami kesakitan itu sejak kemalangan sewaktu penggambaran rancangan fear factor. Pihak Diyana telahpun menguruskan rawatan susulan untuk suami tercinta beliau. Sama-sama kita doakan kesihatan pelakon digilai ramai ini cepat sembuh seperti sediakala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *