Aplikasi Whatsapp Kini Boleh Akses Menerusi PC Anda. Semua Peniaga Online Patut Ada Sistem Ini!

Pening nak baca “conversation whatsapp” yang bukan seratus tapi beribu! Tambah bengang bila handphone hang dan penuh memory. Rupanya Whatsapp dah perbaharui sistem mereka. Dah boleh tengok kat depan dekstop masing-masing. Oh, bestnya!!
Kebanyakan peniaga online lebih suka berkomunikasi dengan pelanggan menerusi whatsapp, alternatif paling mudah dan pantas berbanding melalui web jualan. Tetapi ada pro dan kon yang berlaku, terutamanya untuk para penjual online. Antaranya mereka terpaksa mengasingkan urusan jual  beli melalui web dan melalui whatsapp. 

Melalui web, memudahkan penjual, namun kadangkala menyukarkan pembeli untuk membeli sesuatu produk kerana faktor masa, web loading, dan lain2. Disebabkan faktor ini, lebih ramai pelanggan memilih untuk pembelian terus melalui whatsapp sahaja.Mudah dan pantas di mana jua mereka berada.
Melalui whatsapp pula memudahkan pembeli tetapi menyukarkan penjual untuk menangani pelanggan yang ramai. Kadang boleh hang dan huru hara dibuatnya. Yelah , order cara macam ni, kira banyak kerja sikit sebab semua secara manual melalui perbualan handphone sahaja. Tambah lagi buat dalam phone yang kecik. Tak nangis ke korang? Nak mengadap traffic jammed depan handphone kecik cenonet?
Berita gembira untuk anda, whatsapp  telah mengemaskini sistem mereka. Kini, anda boleh menjadikan urusan jual beli depan pc dan juga dalam phone anda. Maksudnya korang boleh menguruskan perbualan menerusi dekstop google chrome anda, kalau agak-agak nak ke sana sini, rujuk pulak melalui hp ke mana saja anda pergi. Luas pemandangan, mudah kan? Dan kesemua perbualan anda di dekstop akan ada juga di phone.
Namun begitu, sistem ini hanya boleh guna pakai melalui google chrome sahaja buat masa ini. Untuk pengguna Apple masih belum dapat akses disebabkan sistem Apple yang terhad. Whatsapp web hanya menyokong  pengguna blackberry, windows phone dan android sahaja. Jurucakap syarikat whatsapp menambah bahawa:
“Our goal is always to keep WhatsApp fast and secure for the people who use it – it’s the most important thing we do,” said a spokesman for the firm.
Contoh melalui dekstop – credit pic kepada techcrunch
Nah, Memang berita best la terutamanya untuk bisnes online. Tapi kami pun belum lepas nak buat whatsapp web ni, sebab handphone tak compatible dengan versi terbaru whatsapp. Haha. Kita tunggu dan lihat. Bagi yang ingin mencuba anda boleh klik di SINI  .Pastikan anda sudah upgrade versi whatsapp yang terbaru ok? 

2 thoughts on “Aplikasi Whatsapp Kini Boleh Akses Menerusi PC Anda. Semua Peniaga Online Patut Ada Sistem Ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *