Kebelakangan timbul cerita dan desas desus tentang bekas vokalis MOJO iaitu Aweera. Isu timbul apa bila Aweera yang dikatakan disingkir dari kumpulan MOJO sekaligus tidak layak untuk menyayikan lagu Romancinta di Pentas Juara Lagu.
![]() |
Aweera, bekas Vokalis kumpulan MOJO – sumber gambar Rotikaya |
Menurut Edry dalam temubualnya di Rancangan Melodi baru-baru ini mengesahkan Aweera bukanlah disingkirkan tetapi dia sendiri yang menarik diri dari kumpulan MOJO ini. Walaubagaimanapun Edry selaku pencipta lagu dan lirik Romancinta ini masih ingin bekerjasama dengan Aweera untuk lagu Romancinta bagi memenuhi persembahan Juara Lagu TV3 yang menjadikan Aweera sebagai featuring di dalam persembahan itu nanti. Edry yang cuba mengawal situasi dengan memberikan peluang ini namun disangkal oleh Aweera dengan penyataan yang agak bercanggah.
Baca juga : Video Aweera Mendapat Hit Lebih Tinggi dari Caliph Buskers?
![]() |
Ryan, vokalis baru kumpulan MOJO – sumber gambar rotikaya |
Aweera dalam temubual bersama Melodi menyatakan yang dia hanya ingin menuntut haknya sebagai penyanyi asal lagu Romancinta. Aweera tidak berpuashati apabila mengetahui lagu Romancinta itu akan dinyanyikan oleh Vokalis baru kumpulan MOJO iaitu Ryan Brakhma yang berasal dari Jakarta Indonesia itu. Ini jelas bercanggah dengan pengakuan Edry yang menyatakan Aweera sendiri yang tidak mahu bersama Kumpulan MOJO selain isu Aweera yang dikatakan awal-awal lagi bertanyakan soal bayaran.
Magicalips: Harap benda ni boleh setel secara baik la ye.