Puteri comel anak pasangan Che Ta dan Zain, Aaisyah Dhia Rana yang baru mencecah umur 2 bulan ini sudah dilimpahi dengan kemewahan. Populariti pasangan turun ke Puteri mereka yang comel ini. Jika sebelum ini pasangan Che Ta dan Zain tidak kisah sekiranya satu hari nanti Aaisyah Dhia Rana mengikuti jejak langkah mereka untuk menjadi selebriti, tetapi mereka berubah fikiran sejak isu yang berlaku baru-baru ini yang melibatkan berita palsu di Indonesia.
![]() |
Che Ta dan Zain di Majlis Kesyukuran dan Aqiqah untuk Aaisyah Dhia Rana |
“Saya cukup terkejut apabila mendapat tahu tentang gambar Aaisyah digunakan untuk berita palsu di Indonesia. Berita itu menjadi viral di internet, sebagai ibu saya cukup terasa dengan berita tersebut. Niat saya berkongsi gambar untuk tatapan peminat, tidak sangka pula ada orang menggunakan gambar Aaisyah untuk berita sedemikian”
One thought on “Che Ta dan Zain Mahu Anak Jadi Ustazah”