Khas untuk anda yang masih tercari-cari idea untuk menghiasi dinding rumah anda yang kelihatan kosong. Kalau diikutkan di pasaran, memang ada kertas dinding yang harga murah dan berkualiti. Namun, yang menjadi kebuntuan untuk pencinta dekorasi ialah apabila mereka sukar mendapatkan corak idaman yang sesuai dengan citarasa masing-masing.

Tahukah bahawa anda boleh mendapatkan corak idaman yang bawah budget dan menjimatkan?? DIY aka do it yourself merupakan antara alternatif terbaik untuk yang ingin minimakan budget masing-masing , dan dalam masa yang sama puas hati dengan hasil kreativiti sendiri. Untuk post yang pertama ini, pihak Magicalips membawakan contoh DIY bercorak Moroccan yang ringkas dan elegan untuk anda.
#1 – Search gambar corak moroccan yang anda minat melalui online dan print-out kan corak tersebut. Saiz ikut kreativiti anda. Makin besar saiz makin kurang tenaga yang diperlukan untuk menyiapkan dinding anda yang besar itu. Hehehe.
![]() |
#2 – Potong corak yang telah di print atas kertas tadi dan lekatkan di kotak untuk memudahkan kerja melukis di dinding nanti |
![]() |
#3 Untuk garisan tepat masa ukir di dinding, lekatkan oenanda seperti dalam gambar. Tujuannya adalah supaya masa melukis di dinding, corak akan dilukis dengan tepat dan lurus. |
![]() |
#4 Trace corak terus ke dinding dengan pencil dahulu. Dalam gambar garisan berwarna putih kerana selepas tanda dengan pencil, saya mewarnakan garisan dengan cat putih |
![]() |
#5 Sepanjang proses mengecat, line yang dilukis tadi digantikan dengan cat berwarna kontra daripada warna dinding. |
![]() |
#FINISH Inilah hasilnya! Pastikan sebelum memulakan aktiviti melukis corak, cat dahulu keseluruhan dinding dengan warna kegemaran anda. |
Mudah dan nampak eksklusif bukan??Jom try sekarang!
Sumber daripada http://www.whiletheysnooze.blogspot.com/