Kos hartanah di Paris sangat tinggi mengakibatkan lelaki ini berusaha mencari hartanah di kampung halamannya, Bordeaux, France . Buchholtz mula mencari apartment di situ tetapi kesemuanya melebihi budget yang dia ada. Namun, apa yang berlaku selepas itu betul-betul tak sangka.
Dan akhirnya Buchholtz menjumpai sebuah garaj lama yang berdekatan di tepi jalan. Garaj yang usang dan hanya ditutup dengan besi buruk dan dipenuhi dengan sampah sarap di bahagian dalam. Kawan Jeremie Buchholtz menganggap tindakannya seperti orang gila. ” tiada cahaya, tiada apapun” . Tapi, sekarang mereka menelan air liur jelah apabila tengok hasil selepas itu. Haha.

Baca juga : Rumah ini Kelihatan Kecil, Tapi Tunggu Sampai Anda Tengok 11 Ruang Di Dalamnya.

Tambahan lagi, rakan Buchholtz mengganggarkan kos untuk baik pulih mungkin mencecah 94,000 usd. Berbeza pula dengan seorang arkitek, Matthieu de Marien, yang memandang dari sudut perspektif yang menyimpang ke depan, berkenaan garaj buruk dan kotor tersebut.


Walaupun disangka gila, Buchholts tetap membeli hartanah tersebut. Dengan kreativiti rakannya yang lain, seorang arkitek berpengalaman, Matthieu, akhirnya garaj buruk tersebut berubah menjadi hartanah termahal di Bordeaux. Anggaran kos baik pulih ialah USD 165,000 jauh lebih murah berbanding membeli satu lot apartment.




Haih, kalau macamni gayanya, apa saja ruang kecil dah tidak menjadi masalah untuk menjadi rumah mewah. Yelah, harga rumah melonjak naik melampau sangat sekarang. Hinggakan ramai rakyat marhaen tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri. Jadi, mungkin ini boleh memberi inspirasi untuk anda di luar sana.
Sumber tinyhouseforus