Kenapa Anda Akan Teruja Menonton Filem ‘Project Almanac’

Jika sebelum ini anda pernah menonton filem Sci-Fi (Sains Fiksyen) seperti Lucy dan Interstellar, Project Almanac tidak akan mengecewakan anda. (Artikel oleh Magicalips) Konsep ceritanya lebih kurang sama yang melibatkan teori-teori ruang dan dimensi masa. Bagi sesetengah orang mungkin jalan cerita sebegini berat, namun bagi kami, jalan ceritanya masih boleh diikuti dan difahami dengan baik dan jelas.

Mengisahkan tentang David Raskin seorang yang genius telah menjumpai blueprint Project Almanac yang ditinggalkan oleh arwah bapanya.(Artikel oleh Magicalips) David bersama rakan-rakannya membangunkan Project Almanac iaitu mesin merentas masa yang pernah diusahakan oleh bapanya suatu ketika dahulu.

Mereka berjaya menyiapkan mesin masa ini dari blueprint yang ditinggalkan oleh bapa David. Bermula dari sini cerita pengembaraan mereka bermula sehingga mereka sedar apa yang mereka lakukan (merentas masa) telah menyebabkan kesan (ripple effect) kepada orang lain. Keadaan makin buruk apabila David cuba membetulkan keadaan seorang diri tanpa memberitahu rakan-rakan lain.(Artikel oleh Magicalips)

David bersama rakannya bersama mencipta mesin masa

Daripada penerbit Micheal Bay, cerita ini berjaya membuatkan kami melayang dan berfikir tentang kewujudan setiap objek di muka bumi ini. (Artikel oleh MagicalipsSepertinya tanpa ‘masa’ semua disekeliling kita, termasuk diri kita adalah tidak wujud. Juga diterangkan akibat apabila garisan masa yang cuba diubah boleh menyebabkan perubahan total pada kejadian sekeliling.

Apapun teori yang cuba disampaikan, filem Hollywood memang selalu tampil dengan teori yang membuatkan ramai orang berfikir ianya logik. Magicalips bagi 4 bintang untuk filem Project Almanac.

p/s: Penulis termenung selepas menonton filem ini, sama perlakuannya selepas menonton Lucy dan Interstellar.

2 thoughts on “Kenapa Anda Akan Teruja Menonton Filem ‘Project Almanac’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *