Kenapa Sehelai Kertas Lebih Berbisa Daripada Pisau. Ini Jawapan Untuk Anda

Pernah tak, tengah asyik buat kerja , srappp! Ngilu terhiris jari dek sehelai kertas. Pernah kan? Kami selalu kena! Haha. Kenapa jadi macamtu? Sedangkan hanya sehelai kertas nipis dan ringan kot? Kami ada jawapan untuk anda.
Sumber gambar shutter stock

Hujung jari umpama seperti pusat kawalan sistem saraf anda yang dipenuhi dengan saraf yang boleh merasa haba panas dan sejuk, serta merasa tekanan. Kesan hirisan melalui sehelai kertas lebih teruk dari apa yang anda lihat Dikatakan hirisan tersebut bukanlah hirisan yang licin dan menerus seperti dihiris pisau. Tapi, ia akan melukakan banyak saraf sensitif anda.

Mungkin di mata anda lihat kertas hanyalah kepingan selari yang nipis. Namun, kenyataannya ia bergerigi dan disebabkan itulah ia akan melukakan kulit anda merata dan bergerigi. Umpama seperti mini gergaji yang melukakan anda.
Tambah mengerikan lagi ialah kertas meninggalkan sisa kimia yang merengsakan kulit dan saraf anda. Tisu kulit yang terdedah akan terkesan akibat sisa kimia tersebut. Jangan ingat luka yang sikit itu biasa-biasa je. Bisanya memang boleh tahan sakit tau. Hihi. Jadi, hati-hati dengan sehelai kertas.
Sumber dari metro

Respons Pembaca

berkata tentang ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *