Lisa Surihani Kini Mengandung? Tahniah!

Desas-desus Lisa Surihani mengandung, jelas makin hangat diperkatakan. Dan khabar angin ini diperkuatkan dengan komen-komen rakan serta peminatnya di laman instagram.Boleh rujuk pada gambar.

Lisa Surihani Kini Mengandung? Tahniah!

Tambahan lagi, dengan gambar beserta caption Lisa kelihatan seperti berita ini benar. Kalau benar, tahniah kami ucapkan! Yelah, kalau kandungan masih awal, memang ramai memilih untuk senyap atas sebab yang tersendiri. Hormati privasi seseorang individu dan sama-sama doakan Lisa dan Yusri ok?
lisa-surihani-mengandung2-

  “Chicken soup for the soul? Get well soon Lisa. Tell the sick who’s boss.”

Kenyataan Lisa ini mendatangkan teka-teki kepada peminat beliau. Kami rasa, ianya adalah benar. Anda rasa? Hehe. Pihak Magicalips doakan agar Lisa dan Yusri cepat-cepat dapat baby! Aminn..

Menurut ruangan Cik Pang di Harian Metro, perkhabaran tersebut mengatakan Lisa sudah mengandung tetapi masih di peringkat awal manakala Lisa pula ketika ini masih tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara berkenaan.
Tapi menurut cerita, Lisa memang tidak mahu isu dia mengandung menjadi kecoh lebih-lebih lagi apabila kadungannya masih lagi diperingkat awal.
Timbul juga teori mengatakan Lisa tidak boleh memberitahu secara terbuka kerana sudah menandatangani kontrak bersama Astro dan pengumuman mengenainya akan dibuat secara eksklusif di stesen televisyen berbayar itu.

Sumber rotikaya & ig Lisa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *