Negro didera dan dijadikan Hamba selama 12 tahun

Filem “12 years of slave” merupakan cerita sebenar yang dialami oleh seorang negro yang berpendidikan dan bekerjaya di tahun 1940-an . Ianya bermula apabila solomon (watak utama) ditipu dan diculik oleh 2 orang berkulit putih.Sedar di waktu pagi, beliau berada di 1 bilik gelap ,diikat dan dirantai tangan dan kaki. Penyiksaan bermula apabila beliau tidak mahu mengiakan permintaan penjual hamba negro untuk mengikuti arahan mereka.

Disangkakan ianya hanyalah kesilapan.Pada mulanya beliau cuba melawan tapi akhirnya terpaksa akur demi berjuang untuk terus kekal hidup.Dan selain dia, ramai lagi negro yang tidak bernasib baik turut dikurung. Mandi dan tidur ala kadar bercampur lelaki perempuan bukan lagi menjadi sesuatu untuk dimalukan.Apatah lagi,mereka dalam keadaan darurat sebegitu. Birat dan parut di sana sini pada badan masin-masing.
Dan pada suatu ketika, kesemua mereka ditelanjangkan di depan para pembeli hamba sebagai pilihan sebelum pembelian dilakukan. Perikemanusiaan penjual hamba sangat tipis sekali.Mereka sanggup menculik,membunuh dan menjual orang demi wang dan kekuasaan.Namun, ada juga di kalangan pembeli mempunyai rasa simpati dan kasihan pada negro yang dijadikan hamba.Dan ada antara mereka berusaha membebaskan dengan membeli negro terbabit..Namun, mereka sendiri seolah tiada kekuasaan untuk membebaskan kesemua hamba dek kerana beban hutang sendiri selain memikirkan keselamatan mereka dan keluarga.
Solomon dibeli oleh seorang berkulit putih,tuan Ford yang baik dan memahami.Namun,di belakang tuan Ford, Solomon dibuli dan diseksa oleh orang bawahan Tuan Ford. Setelah Beliau mengetaui perkara sebenar, beliau cuba menyelamatkan Solomon dengan menjualnya kepada orang lain demi keselamatan tuan Ford sendiri.
Beralih arah ke tangan tuan lain yang lebih kejam, di situ Solomon berhadapan dengan tuan yang suka menyebat serta merogol salah seorang hamba negro. Antara pekerjaan hamba2 di situ ialah memetik kapas pengikut waktu dan kuantiti yang telah ditetapkan.Sebatan dilakukan walaupun tiada sebarang kesalahan.Ianya bergantung pada mood tuan masing2.
Solomon ditugaskan untuk membuat pondok kecil di hadapan rumah. Dalam pada itu, beliau bertemu dengan seorang berkulit putih yang bebas dari mana2 penghambaan..Dan orang ni lah yang membantu Solomon senyap2 selepas mengetahui cerita sebenar.
Setelah 12 tahun, akhirnya Solomon dapat bertemu keluarga kembali tapi dalam suasana berbeza.Banyak yang beliau terlepas dalam melihat proses pembesaran 2 orang anaknya. Dan selepas itu, beliau telah menerbitkan buku “12 years of slave” serta aktif dalam aktiviti menentang penghambaan yang berlaku di sana.Sampai suatu waktu, beliau mati secara tiba2 tanpa dikesan di mana dan bila.Mungkin juga dibunuh oleh orang2 yang berusaha membuli serta menyiksanya dahulu.
Kisah ini memberikan banyak tauladan berguna dan menyedihkan,membuatkan kita seharusnya rasa bersyukur dan gembira dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Bagi penulis, rakyat Malaysia lebih beruntung dan terjaga berbanding rakyat negara lain yang berhadapan dengan bermacam siksaan dan kepayahan hidup. Tidak hairanlah, ramai pelarian yang mahu masuk Malaysia  dan lebih menghargai Malaysia berbanding rakyatnya sendiri.Mereka lebih berusaha di tanah orang berbanding kita sendiri. Jadi?? Apakah yang anda perlu ubah?? Mulakan dengan ubah mentaliti politik dan sikap anda sendiri, kemudian barulah anda berupaya membawa yang lain ke track yang sepatutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *